Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 LadyTwilight • 8 years ago • 1,677 viewed


Ramai diantara kita yang beragama Islam tanpa segan silu meminum arak dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan arak sedangkan betapa besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w. telah melaknat sepuluh golongan manusia yang terlibat dengannya.

Anas r.a. berkata:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya."(Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316)

Apabila diteliti sepuluh golongan manusia yang tersenarai dalam hadis di atas, satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu setiap orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknat Baginda S.A.W.

Setiap sen yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan dengan arak, pasti menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan akhlak dan institusi keluarga.

Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T sekiranya tiada pihak yang cuba memeranginya.

Peminum arak sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara berbahaya, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal, lantas dia akan bertindak di luar kawalan akal.

Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah difitnah oleh seorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.

Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk kedalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu.

Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata:"Aku memberimu tiga pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."

Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pililhan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ialah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.

Akhirnya ia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu. Kisah diriwayatkan olehImam Abdul Razzaq dalam kitab al-Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.

Kisah ini menunjukkan bahawa betapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan, tetapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Arak adalah ibu segala maksiat."(Riwayat al-Nasa'i no. 5666)

Amatlah benar pengharaman arak dalam ajaran Islam. Walaupun arak telah sebati dan menjadi minuman kegemaran masyarakat arak, Rasulullah S.A.W tidak pernah teragak-agak untuk menguatkuasakan pengharamannya.

Baginda mungkin berdepan dengan risiko dibenci oleh masyarakat arab dan juga risiko berkurangnya pendapatan negara Madinah daripada cukai arak, tetapi keutamaan diberikan demi mencari keredhaan Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya. Wawasan Baginda bukan sekadar berjaya di dunia, tetapi kemenangan hakiki adalah dengan mendapat syurga Allah S.W.T di akhirat kelak.

-Artikel iluvislam.com


larangan menjauhi... ...

Orang Islam mula bertanyakan mengenai perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”

Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun, larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.

Perintah lain yang diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat suci al-Quran. Peristiwa ini diceritakan al-Quran melalui surah an-Nisa’ ayat 43 yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk…”

Larangan ini sangat mustahak kerana tabiat mabuk diperkatakan buat pertama kali bersama sembahyang yang difardukan pada waktu tertentu dalam sehari, iaitu bermula solat Subuh hingga Isyak.

Ini menimbulkan konflik antara perintah baru dengan adat resam orang Arab jahiliyah yang meminum arak pada awal pagi dan permulaan malam.

Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya.

Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan, peminum arak yang aktif mungkin terkena ‘sawan’ atau tabiat meracau yang berpanjangan.

Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan dalam satu majlis jamuan membabitkan orang Muhajirin dan Ansar iaitu arak menjadi satu daripada bahan hidangan.

Apabila ramai yang mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudian bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan-ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan.

Apabila mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan merasa berdosa atas tindakan itu.

Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan bahawa judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: “…Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu (daripada melakukan perbuatan itu).”

Anas bin Malik disebut sebagai menyatakan: “Apabila khamar (arak) dilarang, orang Arab masih menyukainya dan ada yang amat sukar untuk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap daripada peminum arak akan membawa arak dari rumah masing-masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan dan lorong di Madinah dipenuhi dengan bau arak selama beberapa hari.”

Sejak peristiwa itu hingga ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.

pembacaan lanjut :


http://cgsyed.blogspot.com/2011/05/arak-punca-pelbagai-kerosakan-manusia.html

WALLAUA'ALAM
pertanyaan lebh lanjut sila tanya org alim...

sekadar perkongsian... ..

apa yang dibaca... ..

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved