Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 1,486 viewed


Ika melangkah pantas menuju ke dewan kuliah. Dia bangun lambat. Lagi. Pagi tadi, apabila tersedar sahaja dari tidur seperti biasa dia akan melihat jam yg tertera di handphonenya. Tiba-tiba apartment Emerald Park (EP) yang tadinya tenang menjadi bising dengan jeritan Ika

"Arrgghhh da lambat. Macam mane ni?? Nak buat apa ni ?", kalut Ika sambil mundar mandir seperti orang gila.
"Kenapa Ika?", tanya Gee yang juga merangkumi roommate Ika sejak dari hari pertama mereka mendaftarkan diri untuk belajar di situ.

"Gee, kelas pukul 9 tapi sekarang da pukul 8.51 da. Nak buat ape ni ?", jerit Ika.

"Pergi basuh muka. Tak payah mandi. Gee siap kan Ika punya beg", arah Gee.

"huh, okey okey", macam anak murid Ika mendengar kata. Series, Ika memang begitu. Apabila dia dalam keadaan kalut , otaknya seperti tidak boleh berfungsi.

Sekarang ini, Ika macam tidak cukup tanah untuk berlari. Tiba sahaja di depan pintu dewan kuliah, dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam.

"Bismillahirahmanirrahim!!", desisnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu dewan kuliah tersebut orang pertama yang dia nampak adalah Jue. Terus sahaja dia melangkahkan kaki ke tempat kawannya itu sambil menundukkan kepala. Sedang dia berjalan menuju ke tempat duduk, pintu dewan kuliah terbuka sekali lagi. Ika menoleh.

"urghh, dia pun lambat juga ke? Hehe..", sempat lagi Ika mengomel di dalam hati.

Pensyarah IT Math, Miss Norain, yang dari tadi kusyuk mengajar di hadapan terganggu dengan kedatangan kami tetapi kemudian memulakan pengajarannya semula seperti tidak ada apa-apa.

"Ika, kenapa kau lambat?"
"Bangun lambat lagi ke?"
"Kau mandi ke tak ni?"

Jue, Ecah dan Iza bertubi-tubi tanya sebaik sahaja Ika duduk sederet dengan mereka.

"Hehe , korang ni macam tak kenal aku jek kan," sengih Ika.
"Eh, kejap jap. Weh kau pakai baju terbalik laa," jerit Jue tiba-tiba.

Ika terkedu.Terus melihat ke arah t shirt yang dipakainya. "Alamak macam mana boleh terbalik ni". Muka Ika pucat lesi serta merta. Cartoon tazmania yang sepatutnya berada di hadapan terletak di belakang. Memang tersangat la obvious kan.
Jue, Ecah dan Iza sudah mula tergelak.

"Ni t-shirt semalam kan. Yang kau pergi pakai baju semalam ni kenapa??", jerit Jue lagi. Jeritan Jue buat kali kedua itu membuatkan pelajar lain turut menoleh ke arah mereka.

"Weh Jue, kot ye pun nk cakap slow-slow sikit tak boleh ke. Kau nak bagi pengumuman kat satu kelas ke baju aku terbalik hah?", marah Ika perlahan. Pada waktu yang sama dia turut perasan yang seluruh kelas melihat ke arah mereka dan lebih spesifik ke arah dirinya . Ada yang tersenyum mengejek dan ada yang menunjukkan muka tidak puas hati kerana terganggu. Di sudut belakang sebelah kirinya pula Ika lihat lelaki itu juga tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kelas menjadi hingar bingar.

‘Adeh..mana nak letak muka ni. Macam mana aku boleh pakai baju terbalik la pula. Ish..", Ika mengutuk dirinya sekali lagi. Dia rasa macam nak ketuk sahaja kepalanya di atas meja sebanyak 18 kali kerana malu.

Jue dan Iza seperti tidak cukup nafas menggelakkan Ika. Manakala Ecah pula menahan ketawa tapi tak jadi yang akhirnya meledak juga. Kelas menjadi agak huru hara seketika.

"Gurls back there. Anything want to share with us?", tanya Miss Norain, pensyarah muda itu, tiba-tiba dengan nada tegas.

"uh no.. nothing much miss", jawab Iza gagap sambil menyiku Jue supaya berhenti ketawa. Jue tertunduk-tunduk menahan gelak dan Ecah pula kembali fokus pada note di hadapannya tetapi masih lagi tersenyum. Ika di sebelah pura-pura sibuk mencari sesuatu di dalam beg.

"okay, please focus back here". Miss Noraini sudah kembali mengajar di hadapan.

Kelas menjadi senyap. Ika mengeluarkan note padnya, menulis sesuatu dan diberikan ke arah Ecah. Ecah membaca, kemudian menulis jugasesuatu di dalamnya. Setelah habis diserahkan pula kepada Jue dan Iza. Perkara yang sama berlaku. Dan akhirnya note pad itu dikembalikan semula kepada Ika. Dia membaca.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved