Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 1,429 viewed


Apa sahaja yang anda lakukan di sekolah, kolej ataupun universiti, mahupun sepanjang usia mesti melibatkan proses pembelajaran. Memperlengkapkan diri dengan kemahiran belajar benar-benar memberi faedah apabila anda menghadapi peperiksaan bertulis dan peperiksaan praktikal. Di sini ada beberapa tips belajar untuk menolong anda belajar dengan lebih efektif.

1. Tetapkan jadual - jadual sememangnya penting untuk menolong anda membuat ulangkaji terbaik dalam masa belajar anda. Tambahan pula jika mempunyai lebih daripada satu subjek. Ia juga membantu mengekalkan disiplin anda. Pastikan jadual anda juga tidaklah begitu ketat sehinggakan tiada masa untuk bersosial bersama-sama rakan. Ini membolehkan anda menikmati hidup yang seimbang antara belajar dan kehidupan sosial.

2. Waktu belajar - untuk memastikan pembelajaran/ulangkaji anda begitu bermakna, cari hari dan masa yang anda rasa bersesuaian. Cubalah menyesuaikan diri dengannya. Belajar ketika merasa bosan atau di waktu tergesa-gesa hendak ke destinasi tertentu adalah sia-sia sahaja.

3. Tempat untuk belajar - Boleh belajar di mana sahaja asalkan tempat itu selesa,aman seperti di perpustakaan. Jika ingin belajar di luar rumah, bolehlah anda cari kawasan-kawasan yang kurang gangguan daripada orang ramai. Walaupun belajar bersama-sama rakan adalah satu tindakan yang baik, namun, pastikan anda juga mempunyai satu set pembelajaran bersendirian. Ini membolehkan anda belajar mengikut ketenangan anda.

4. Membaca -Jika anda mempunyai banyak buku untuk dibaca, buatlah nota-nota isi penting sepanjang pembacaan anda. Luangkan masa juga untuk memahami setiap isi penting mengikut tajuk di dalam buku-buku tersebut. Membaca buku dengan cepat tidak menolong anda untuk belajar, maklumat pun tidak dapat diserap dengan sempurna. Membeli buku adalah lebih baik daripada meminjam buku. Ini kerana anda tidak perlu risau jika terlewat memulangkan buku-buku tersebut. Malahan, buku-buku tersebut boleh berada di sisi dan mudah untuk menyegarkan memori.

5. Pengambilan nota - Buku teks tidak mungkin akan memberitahu segalanya yang anda semua ingin tahu. Jadi, pastikan anda mengambil banyak nota di dalam kelas dan juga kuliah. Pada sesi pembelajaran seterusnya, semak balik nota-nota tersebut dan padatkan nota-nota tersebut dan susunkannya supaya anda dapat mencarinya ketika waktu ulangkaji. Mustahil untuk menulis kesemua yang diperkatakan oleh guru mahupun pensyarah, oleh itu, buatlah rumusan terhadap semua isi-isi penting. Tuliskan segera soalan jika anda berkemahuan bertanyakan kepada guru ataupun pensyarah di akhir kelas.
Oleh

www.penjualgemilang.com
Peneraju Alat Bantu Belajar Terbaik Selepas Waktu Sekolah

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved