Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 4,164 viewed


Pengambilan nota adalah satu tindakan penting ketika belajar. Kita tidak boleh menulis kesemua apa yang diucapkan oleh guru ataupun pensyarah. Ini kerana, tidak semua perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka begitu perlu untuk kita catatkan.
Berikut adalah jenis-jenis pengambilan nota ketika waktu belajar.

Kaedah ‘split method’
Kaedah 2-6 split method adalah pengambilan nota melibatkan pengajaran dalam kelas dan juga dari buku teks. Jadi, gabungkan nota-nota daripada kedua-dua sumber tersebut dalam satu kertas. Buat garisan tengah yang membahagikan antara nota dari pengajaran dalam kelas dan juga nota dari buku teks. Dengan ini, apabila anda mengulangkaji pelajaran, anda dapat mengulangkaji kedua-duanya sekali.

Kaedah Nota Berkumpulan (group note)
Pasti anda rasa penat jika anda seorang saja terpaksa mengambil nota dengan tergesa-gesa. Untuk mengatasi masalah ini, buatlah satu kumpulan dan susun jadual untuk menentukan giliran ahli kumpulan mengambil nota. Kemudian, gabungkan nota-nota tersebut.

Kaedah ‘tape recorder’
Bukan semua orang mampu menulis nota dengan cepat. Menggunakan tape recorder boleh memperincikan lagi pengambilan nota. Anda boleh ‘double check’ apa yang diajarkan di kelas ataupun kuliah. Walaupun begitu, anda harus segera menulis nota dari ‘tape recorder’ tersebut agar ia terus segar di minda.

Bersedia masuk kelas
Antara faedah-faedah membuat persedian sebelum masuk ke kelas:
1) Anda akan mesra dengan pembelajaran itu.
2) Awak tahu apa yang perlu ditanya jika tidak faham.
3) Anda tidak perlu membuang masa mencatat nota sedangkan maklumat-maklumat sudah tersedia dalam bahan bacaan.

Menggunakan pensil warna
Ya, bunyinya agak menyusahkan. Namun, dengan menggunakan warna dalam pengambilan nota dapat menyegarkan 50%-80% maklumat dalam minda tanpa membaca kali kedua.

Kesimpulannya, kajian menunjukkan 80% maklumat akan segar di dalam minda jika kita mengulangkajinya dalam masa 24 jam.

Oleh,
Penjual Gemilang
(www.penjualgemilang.com)
Pembekal alat bantu belajar terbaik selepas waktu sekolah

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved