Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 6 years ago • 3,522 viewed


Ubah topik ulangkaji kepada bentuk lagu
Mungkin rasa pelik, tetapi ia benar-benar berkesan. Percayalah, ianya lebih efektif berbanding anda baca buku separuh dan tidur kemudiannya. Ambil informasi dalam buku teks ataupun nota dan susunkannya mengikut rentak lagu seperti balada, pop, reggae, rap dan lain-lain lagi. Ini akan meringkaskan proses ulangkaji anda dan rasa seronok itu pula akan ada nanti.Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran MATAPELAJARAN SEJARAH!

Bermain kuiz sesama rakan
Salah satu sebab kita rasa bosan apabila mengulangkaji matapelajaran adalah suasana yang pasif tanpa ada tindak balas sekeliling. Contohnya, belajar bersendirian di dalam bilik. Jadi, suasana akan lebih meriah sekiranya ada seseorang yang boleh bertanyakan kuiz berkenaan matapelajaran yang kita sedang ulangkaji. Secara psikologinya, kaedah ini boleh mengurangkan stress dan lebih selesa untuk dilakukan sesama rakan. TETAPI, kaedah ini tidak sesuai untuk malam sebelum peperiksaan. Rakan anda pasti akan rasa ‘berhutang’ masa jika melakukan kaedah ini bersama anda. Ini kerana, mereka pun perlu ada masa untuk bersedia menghadapi peperiksaan esok hari.

Jauhi gangguan
Pada malam sebelum peperiksaan, pastikan anda tidak melayari internet walau apa pun tujuan anda. Fokus pada belajar dan jangan berhenti. Tempoh masa belajar pula dari 8 pagi sehingga 4 pagi. Jika anda terfikir untuk membuat ulangkaji dari pukul 3 pagi sehingga 4 pagi, baik lupakan sahaja. Ianya langsung tidak efektif.

Oleh,

Penjual Gemilang
(www.penjualgemilang.com)
Pembekal alat bantu belajar terbaik selepas waktu sekolah

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved