Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 izz_kasyah • 4 years ago • 1,143 viewed


Apabila kita katakan yang kita hendak mendekati Allah SWT,hakikatnya kita telah mengisytiharkan perang terhadap segala bentuk dosa dan maksiat. Iman as-Syafi'i pernah berkata,

"Ilmu itu ialah cahaya dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap."

Jika ilmu itu dianggap cahaya dan tidak memasuki hati yang gelap, apa lagi rahmat Allah yang pastinya lebih tinggi dan mulia daripada ilmu. Sebenarnya kefahaman kita untuk mendekati Allah itu juga merupakan ilmu.

Memang jika kita perhatikan apabila hidup kita ini bergelumang dengan dosa maka kita sukar untuk mendpatkan atau melakukan sesuatu. Kebiasaannya apabila kita melakukan dosa dan maksiat kita tidak mampu melakukan perkara yang biasanya kita boleh lakukan. Kekuatan kita seakan-akan terhijab apabila kita melakukan dosa. Kenapa?

Dosa pada hakikatnya akan menumbuhkan sati bintik hitam di dalam hati kita.
"Dosa itu akan menghitamkan hati. Apabila manusia itu melakukan satu dosa, maka akan tumbuh satu bintik hitam pada hatinya"

Maka, jika kita berterusan melakukan dosa, tidakkah hati kita akan menjadi semakin hitam?. Sesungguhnya hati itu terbahagi kepada tiga :

1. Hati yang hidup
2. Hati yang sakit
3. Hati yang mati


Kita perlulah memberikan perhatian yang penuh kepada ketiga-tiga jenis hati ini. Jika kita sering melazimi dosa dan tidak berusaha menjauhinya, maka hati kita akan jatuh pada peringkat hati yang sakit. Pada peringkat hati yang sakit ini, anda akan lihat diri anda rasa berat untuk beramal. Anda mula rasa enak dengan dosa yang anda lakukan dan anda mula perhatikan yang diri anda jauh dari Allah. Jika pada peringkat ini anda masih tidak sedarkan diri dan tidak berusaha untuk berperang dengan dosa serta berusaha kembali untuk mendekati Allah SWT, maka hati anda akan terus menghitam dan jatuh pada hati yang mati. Adakah manusia di dalam alam ini yang mati kemudian hidup kembali? Maka seorang Mukmin akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga hatinya kerana hatinya ialah raja kepada seluruh tubuhnya.

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati". (Hadis 40 An-Nawawi)

Mendekati Raja Segala Raja, Pencipta Segala Pencipta, Ilah dan Rab kepada seluruh alam semesta, kita hendak atau tidak, perlu mengisytiharkan perang dengan dosa. Jika pada saat ini, diri kita masih dibelenggu dengan dosa-dosa yang kita suka lakukan, atau sudah terbiasa lakukan, maka kita perlu berusaha menjauhinya dengan gerak tindakan yang konsisten.

Tiada manusia yang boleh berubah serta-merta tetapi semua manusia perlu bergerak dan berusaha untuk berubah. Allah itu Maha Penyayang. Dan tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang mendekatiNya.
"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bertaubat dan orang membersihkan diri". (Al-Baqarah :222).

Kita sebagai anak Adam pastinya akan melakukan banyak dosa tetapi sebaik-baik pelaku dosa ialah orang yang sering bertaubat.
Mari kita isytiharkan perang terhadap dosa-dosa kita. Mendekati Allah Yang Maha Besar dan mendapatkan syurga yang selama-lamanya itu lebih besar daripada keseronokan dosa kita yang sementara. Mari kita berusaha bersama-sama berperang, meningkatkan diri, meninggalkan dosa dan mendekati Ilahi.

-Langit Ilahi-






"

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved