Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 ridam • 7 years ago • 1,566 viewed


Salam sejahtera,

Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam ICT. Terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat. Oleh itu, anda mungkin memilih kata laluan yang mudah diingat malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang atau di dalam
QRCode.


Berikut adalah beberapa tip untuk andamelindungi kata laluananda dan membina kata laluan yang kuat:
+Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya.
+ Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol.
+ Elakkan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program yang mencuba setiap perkataan dalam kamus seperti ini:
- nasilemak
- passw0rd
- abc123
- 123456
- qwerty


+ Jangan gunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda.
+ Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Setiap 3 bulan sekurang-kurangnya.
+ Anda perlu menggunakan kata laluan berlainan pada setiap akaun yang anda akses.
+ Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda boleh ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, “Keropok lekor yang dibeli di seberang takir amat sedap” akan menjadi “klYdBdST@$”.

Diharapkan segala transaksi dalam talian seperti perbankan Internet, urusan emel, dan segala maklumat terperingkat terpelihara jua.

Pesanan ringkas Pegawai Keselamatan ICT KKM

Virtual Friends - Copyright © 2001-2020 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved