Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 7 years ago • 1,139 viewed


Tiada kena mengena pada yang hidup atau yang telah mati... .

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta Porsche...

Anak : Wau. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.

Ayah : Mestilah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua.

Anak : Eh kenapa pulak ayah. Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi?

Ayah : Memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalamkan ayah beli motor Harley Davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu.

Anak : Ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah?

Ayah : Dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kamu tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.

Anak : Tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak.

Ayah : Banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.

Anak : Ayah nak pergi mana?

Ayah : Mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi Hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.

Anak : ooo...

Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni... .apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved