 |
1. Pegi Tengok Wayang Lan nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter tiket, Lan beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Lan datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket. Kemudian, Lan datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?" Lan menjawab, "Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer.." 2. Robot Pengesan Kebohongan Azman adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu... Azman dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang. "Kamu dari mana?" tanya Azman. "Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya. *PAAAANG* Robot tersebut menampar anaknya. "Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!" "Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan... " "Cerita apa?" "Cerita Papadom ayah.." *PAAAANG* "Katakan dengan jujur cerita apa?!" "Maaf ayah... saya tengok cerita lucah". Mendengarkan itu marahlah Azman. "Kamu nie... kecil-kecil dah nakal! Kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu, ayah tak pernah pun buat macam nie!" *PAAAAAAAANG* Azman ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika... munyi cengkerik mulai kedengaran... Isteri Azman kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, Bagaimana pun sememangnya dia anak AWAK... " *PAAAAAAAAAAAAAAAANG* Robot menampar isteri Azman sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya. Dan semua terdiam... 3. Teknologi Jepun, Amerika, dan Malaysia Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang bermeeting. Menteri Jepun: "Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot." Menteri AS: "Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear." Menteri Malaysia: "Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami." (Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi) Menteri Malaysia : "Apa korang jumpa?" Tukang gali: "Tidak ada apa-apa... " Menteri Malaysia: "Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?" Tukang gali: "Takde Dato'.." Menteri Malaysia: (sambil 'menjeling kerek' ke menteri Jepun dan Amerika) "Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!" 4. Tidak Ada Komputer dan Email Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai. Lalu dia mengatakan, "Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email, wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja. Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya. Setelah beberapa waktu, dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur. Suatu hari, dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. Setelah bersetuju, penjual insuran berkata, "Minta email Puan.." "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email," jawab wanita itu. Penjual Insuran terkejut dan berkata, "Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email?" Wanita itu menjawab: "Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya." 5. Boleh Cari Ramai Melayu Di mana boleh kita cari ramai Melayu Pastinya di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja dedah sini sana best giler menari macam hantu Peace No War |  |