Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 nur_86 • 7 years ago • 1,248 viewed


“Akak, hari ini adik sangat malang. Nak cari orang mengadu. Boleh Ustazah dengar,” kata Kak Shila.

“Boleh saja… apa berlaku?” tanya Kak Aina.

“Hari ini hari malang dan terlalu banyak ujian,” kata Kak Shila.

“Pagi tadi lepas solat subuh, adik tidur kembali, dan terbangun lewat untuk bekerja. Masa nak start kereta, kereta pula susah nak start, kalau panggil lembu bergerak, mungkin lebih mudah,” tambah Kak Shila.

“Ok….” Jawab Kak Aina.

“Masa tengahari, adik order daging lembu tempatan NFC, tapi pelayan itu kata tak berbaloi suruh ambil daging lain. Adik tengking dia, yang hina daging NFC kegemaran adik… lepas sejam tunggu, daging yang dimasak pula macam plastik,” rungut Kak Shila lagi.

“Hmmm…” Jawab Kak Aina.

“Masa adik nak balik rumah, ada call, adik angkat bateri habis – tak apa, sampai rumah nak duduk kerusi urut adik yang berharga RM20,000, kerusi pula rosak. Segalanya tak betul hari ini? Mengapa hari ini teruk sangat,” kata Kak Shila sambil menggulung kain tangannya dan menghentam meja.

*************************************************************************************

Kak Aina hanya tersenyum.

“Cuba dengar pula cerita ini. Nasib baik Shila terlepas tidur, kalau tidak, Shila akan sakit kepala satu hari. Nasib baik kereta susah nak start, kalau tidak, Shila akan keluar 10 minit lebih awal dan bertemu dengan satu kemalangan dahsyat.

Nasib baik masa tengahari itu terlebih waktu kerana makanan tak datang-datang, jika Shila balik awal akan bertemu dengan bos yang bengis dan bakal kena marah.

Nasib baik, di dalam kereta, telefon Shila habis bateri, kalau tidak, Shila akan kena tertipu oleh orang sebalik telefon itu.

Nasib baik di rumah kerusi urut rosak, dalamnya ada short, jika Shila buka akan gelap satu malam kerana semua suis akan rosak dan malam itu Shila akan duduk seorang kegelapan. Ok tak Shila? Ada rasa lega?” tanya Kak Aina.

“Bagaimana Ustazah boleh berfikiran sedemikian rupa?” tanya Kak Shila.

“Mudah. Akak tak pernah sangsi dengan Allah. Akak tak pernah sangsi bahawa perancangan Allah adalah lebih baik daripada perancangan diri sendiri.”

Wahai sahabat,
Umpama seorang pembawa kereta yang memotong kamu, kamu berasa marah dan mengejarnya lalu mendapati di dalam kereta itu, pemandunya ialah bakal mertua kamu. Jika kamu tahu lebih awal, kamu sudah pasti tidak akan berasa marah pada pemandu yang memotong kamu. Manusia suka bermusuh dengan perkara yang ianya tidak tahu.

Oleh itu, wahai sahabat,
Ingatlah bahawa tiada kejadian yang berlaku tanpa keizinan Allah. Dan apa yang berlaku adalah sebaik-baik perancangan Allah. Semua ciptaan Allah adalah sempurna, dan oleh itu, kejadian yang berlaku adalah sempurna dengan keizinan Allah. Jangan disebabkan kamu tidak tahu mengapa, maka kamu terus bersangka buruk pada Allah.

- credit to : I is me is my is mine is myself -
- nur _9 September -

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved