Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 4 years ago • 1,422 viewed


Sepasang suami isteri telah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan 4 orang anak. Hidup mereka sekeluarga bukanlah golongan yang senang ataupun golongan yang susah hanyalah sedang-sedang sahaja.
https://t.mookie1.com/t/v1/imp?migAgencyId=671&migSource=mmind&migRandom=1299020228&migTrackDataExt=21593559;10293425&migTrackFmtExt=ad;pl
Sepanjang perkahwinan setiap kali makan sekeluarga, suami berasa hairan kerana isteri pasti makan kepala ikan sahaja.

Lauk yang lain isterinya menolak dan alasan dia lebih selesa makan kepala ikan saja.

Si suami fikir itu makanan kegemaran isterinya.

Memikirkan si isteri bakal genap 10 tahun menjadi isterinya, si suami mula memikirkan hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada isteri dan suami mula terfikir untuk menghadiahkan sesuatu kegemaran isterinya.

Pada hari kelahiran si isteri, amat terkejutlah si isteri apabila suaminya menghadiahkan hadiah kerana ini kali pertama suaminya menghadiahkan sesuatu selepas hampir 10 tahun bergelar isteri.

Isteri membuka bungkusan si suami dengan perasaan berkobar-kobar.

Si suami hanya tersenyum tidak sabar melihat reaksi isteri dan makin terkejutlah si isteri kerana dalam bungkusan itu hanya ada kepala ikan.

Si isteri terdiam dan tidak dapat menahan sebak terus menangis akan pemberian suaminya.

Si suami mula cuak dan tak menyangka senyuman dan kegembiraan yang diharap dari isteri tersayangnya bertukar tangisan.

Si suami mula bertanya kepada isteri..

Suami : Kenapa sayang menangis? tak gembirakah sayang dengan hadiah ini… Bukankah sayang minat akan kepala ikan… Setiap kali kita makan dengan anak-anak pun sayang akan makan kepala ikan sahaja.

Si isteri dengan pandangan sayu melihat wajah suaminya, lalu dengan perlahan isteri menjawab,

Isteri : Abang… Sayang makan kepala ikan kerana sayang nak abang dan anak-anak mendapat lauk yang cukup. Cukuplah bagi sayang melihat sayang dan anak-anak kenyang.. Tapi, tidak bermakna kepala ikan ini lauk kegemaran sayang…

Alangkah terperanjat si suami..lalu si suami memeluk isterinya dan minta maaf kepada isterinya dengan penuh penyesalan.Dia sedar dirinya kurang prihatin akan isterinya…

Cerita ini simple sahaja tapi mempunyai makna yang tersirat. Si isteri selalunya akan berkorban lebih untuk anak-anak, suami dan orang tersayang. Kadang-kadang kehendak sendiri diketepikan untuk memuaskan hati orang tersayang….

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved