Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 nur_86 • 4 years ago • 1,090 viewed


Hadis sahih dari Abu Musa, Nabi SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi, A-Nasai dan Ahmad)

Sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita. Apabila partikel emas masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein (protein terkumpul) dan memberikan impak negatif kepada sistem kardiovaskular lelaki.


Penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF) mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan. Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon berkata kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Wanita tidak begitu kerana ada hormon estrogen yang membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.


Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved