Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 5 years ago • 1,177 viewed


Baca, baca, baca dan sedarlah sedarlah sedarlah wahai umat Islam.

JESUITS DAN PERANCANGANNYA MEMERANGI ISLAM


Masa depan Umat Islam Semakin Kacau

Kita perlu membuat kajian mendalam peranan kumpulan pemikir baru yang dibangunkan oleh satu pertubuhan sulit Vatican untuk tujuan mengatur sosio-politik negara-negara Islam. Di akhir perkhabaran ini akan terbayanglah kelahiran kuasa politik baru yang bertopengkan Islam yang mungkin juga dapat dianggap sebagai "as Sufyani" yang bakal bertapak kukuh selepas kejatuhan rejim Bashir al Asad nanti.

Damsyik (Syam-Syria) adalah tapak di mana lahirnya penguasa zalim yang akan menghalang kebangkitan semula Islam di bumi Arab. Kemuncak kejahatan as Sufyani ialah mencari untuk menghapuskan seorang hamba Allah yang akan di baiah di sisi Kaabah. Muhammad bin Abdullah yang akan bergelar Penghulu Akhir Zaman,al Mahdi

Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud , “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Peristiwa ini tidak akan berlaku selagi Arab Saudi tidak mengalami huruhara akibat perebutan kuasa antara pewaris takhta akibat kematian rajanya (mungkin anak Saud yang terakhir). Pengasas Arab Saudi telah mewasiatkan takhta singgahsana negara diwariskan kepada anak-anaknya. Kini kesemua anak-anaknya sudah pun meninggal dunia kecuali 2 orang tetapi dalam keadaan lanjut usia dan uzur.

Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam al Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

SERANGAN as SUFYANI
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatkuakan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

"umatku" bermakna "mereka yang beragama Islam".

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa al Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera as Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama al Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagai negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

As Syufyani ini dari daerah Syam (Damsyiq, Syiria). Dialah yang menyerang Madinatul Munwwarah yang menyebabkan penduduknya melarikan diri ke Makkah, termasuklah Imam al Mahdi.Pada waktu itu tiada siapa pun yang tahu bahawa dia adalah Imam al Mahdi termasuklah dirinya sendiri.

Persediaan untuk kebangkitan rejim as Sufyani ini sedang berjalan lancar melalui perancangan NED, pertubuhan klon CIA dari USA. Juga difahamkan ia bertitik tolak dari penerusan aktiviti Illuminati yang menjadi pencatur utama penciptaan Israel Raya sebagaimana yang terkandung dalam 'Protocols of Zion'. Apa yang pasti al Sufyani akan mengiktiraf Israel sebagai syarat sebagaimana kehendak tuan mereka iaitu Yahudi Amerika.

Tanda-tanda ini semakin ketara. Dasar ini dipelupori oleh Jesuits Antarabangsa yang kini beroperasi secara giat di USA. Anehnya mereka yang menjalankan tugas "gelap" Vatican ini terdiri dari pemuka-pemuka Yahudi Zion di Amerika bukannya bangsa Eropah di Rome.

Terdapat juga maklumat menyatakan bahawa Jesuits ini juga telah diserapi fahaman zionis walaupun ditadbir oleh Vatican. Freemason dan Illuminati juga adalah agen Zionis Antarabangsa.

Kita bolehlah menganggap bahawa ketiga-tiga pertubuhan ini walaupun memakai nama yang berlainan, tetap mempunyai misi yang sama iaitu menjadikan dunia ini milik mutlak orang Yahudi dan secara kebetulan musuh terakhir mereka ialah Islam.

Untuk mengelabui musuh (terutamanya Islam) dalam mengatur berbagai konspirasi, mereka berselindung di sebalik beberapa pertubuhan dengan berbagai nama atas berbagai misi dan peranan yang berbeza. Dalam satu segi, mereka sengaja menampakkan semua kegiatan hanya untuk kepentingan kuasa politik Amerika Syarikat, padahal ia telah lama direka untuk melindungi hasrat Yahudi membangunkan Israel Raya meliputi kawasan dari Sungai Nil hingga ke Sungai Tigris.

Melalui as Sufyani inilah seluruh negara Arab akan ditawan atau dipaksa bersekutu di bawah pengaruh Amerika kecuali Makkatul Mukarramah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatkuakan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bahagian depan kepada pasukan bahagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengkhabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya bangsa Melayu adalah bangsa yang Misteri dan pasti "Terpilih" untuk memimpin satu "Amanah" yang "Besar" tidak lama lagi.

Petikan daripada King

Virtual Friends - Copyright © 2001-2020 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved