Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 4 years ago • 1,148 viewed


February 2002..Sekolah Menengah Teknik Klang..

Alhamdulillah... aku sudah pn bergelar senior kini. Terasa amat berbeza kehidupan menjadi
senior di Sekolah berasrama. Aku sendiri sebenarnya tidak gemar tinggal di asmara kerana
bagi aku pelajaranku semakin merosot. Hidup penuh jadual, waktu prep langsung aku tidak
gunakan untuk mengulangkaji. Sebaliknya aku lebih memilih untuk stay up smpai lewat pagi.

Syukur kerana aku mempunyai ramai kawan-kawan yang boleh tahan sekepala di sini. Siapa yang tidak mengenali Girl On 10..satu gang yg mempunyai 10 pelajar berlainan jabatan.
Ahli-ahli GO10 terdiri dari Siti,Zura, Watie, Aj, Angah,Kikie, Yaya, Peanut,aku n Fena.
Kesemua kami terdiri dari Pengajian Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Pengurusan Perniagaan dan Binaan Bangunan. Kami selalu berjalan beramai-ramai ke dewan makan dan berbagai lg aktiviti lain.

Hubungan yangg terjalin dari tingkatan 4 lagi ini memang semakin havoc bila bergelar senior. Kami juga seperti adik beradik bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Bagi
aku kelas PKE4 yg aku duduki hanya untuk belajar. Aku tidak pernah terfikir atau merasa
ingin berkawan rapat bersama rakan sekelas. Memang itu sikap aku, aku lebih suka
berkawan dengan orang lain berbanding memilih untuk berkawan rapat dengan rakan sekelas.
Tapi entah kenapa terasa tingkatan 5 membuatkan aku lebih ingin mengenal rakan-rakan sekelas ku sendiri. Satu hari aku mula berkawan rapat dengan seorang rakan sekelas ku yg aku
kenal bernama Jila.mungkin tahun 2002 ni aku ingin duduk belakang menghampiri pintu. Jila duduk disebelahku dan perwatakan dia yang low profile tu membuatkan aku ingin mengenal die lebih dalam lagi. Jila seorang yang pendiam. Sepanjang perhatian aku terhadap dia aku dapat rasakan dia kurang senang dengan lelaki. Almaklumlah kelas elektrik mesti la lebih ramai lelaki berbanding perempuan. Hari pertama aku duduk sebelah Jila aku dah mula rasa suka
pada dia. Jila pun bercerita sekolah dia sebelum datang ke teknik. Ooo dia budak Convent
Bukit Nanas rupanya. Jila memang pandai english, dia selalu dapat keputusan A dan aku pulak yang lemah tetapi dalam matematik dia kalah.

Hari berganti hari, entah kenapa aku rasa sangat bahagia adanya Jila. Sebab aku ni tamak sikit orangnya bila berkawan aku mesti ingin ada seorang yang dipanggil bestfriend. ( maksudnya berdua). Selepas mengenali Jila terasa bahagianya kehidupan aku dekat sekolah, secara automatiknya aku pun mula rapat dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Aku dan Jila sering berkongsi pendapat , pengalaman dan menyedari bahawa kami sudah mula menyayangi antara satu sama lain. Aku banyak mengajar Jila subjek matematik yang bagi dia sangat susah bila tengok formula dan xy+ ab dan sebagainya. Aku bagi dia motivasi untuk jangan bercakap susah sebelum cuba buat. Selepas itu aku lihat Jila sering mengulangkaji berbanding aku yang masih leka, bergelak gelak tawa dengan GO10. Jila juga banyak menghadiahkan aku sajak dan nota-nota seakan mengambil berat dan dia menganggap aku seperti Guardian Angel dan memberi inspirasi padanya. Nota ada lagi dalam simpanan aku di kampung.

Dari awal lagi Jila sebenarnya memang tidak berapa menyenangi GO10. Dia sendiri berterus terang dan aku dapat membaca dari kaca matanya dia seakan cemburu. Pada suatu hari, pada waktu rehat aku memilih untuk rehat bersama Jila, dan ada beberapa ahli GO10 yang memerli” Tipah sombong lah sekarang... ”. Waktu itu kelihatan wajah Jila berubah menjadi kemerah merahan. Setelah aku merasa merasa betapa bahagianya berkawan dengan dia, pada waktu itu juga Jila seakan ingin menjauhi aku. Hubungan kami seperti biasa tetapi aku sudah mula merasa tawarnya sampai tidak mampu duduk sebelah dia lagi di kelas. Kadang2 aku ponteng kelas teori dan agak-agak kelas boring sikit aku keluar pergi tangga.

Demi Tuhan, waktu itu aku amat menyayangi nya dan aku tau dia juga sayangkan aku. Kebetulan pada suatu malam friendship day semua 9 orang ahli GO10 datang dgn kiss aku dalam bilik prep. “ Happy friendship day... ”... dulu waktu friendship day mesti locker ada coklat dan macam-macam lagi. Waktu kawan-kawan kiss tu aku serba salah sangat pada Jila. Sebab Jila selalu kalau ada GO10 dia memang nak lari saja. Aku pandang Jila dengan beribu perasaan waktu itu, sebenarnya aku nak menjaga hati dia. Satu orang dalam GO10 pun tak tahu yang aku sebenarnya rasa nak keluar dari GO10 dan nak berkawan rapat dengan Jila.

Beberapa hari berlalu, Jila semakin lain. Dia seakan sengaja menunjukkan keakrabannya dengan kawan-kawan yang lain di dalam kelas. Layanan dia pun sudah lain terhadap aku. Waktu itu Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya aku, airmata asyik bergenang je. Apa cikgu ajar dekat depan pun memang aku tidak dapat tumpukan perhatian. Aku asyik mendesak Jila, apa sebenarnya yang sudah terjadi. Suatu malam, dia berikan aku nota... nota yang bermaksud bahawa dia tidak akan rapat dengan aku lagi. Nota yang sangat bisa tu buatkan seperti tiada darah pun yang mengalir dalam tubuh aku. Semalaman aku menangis. Pada waktu itu aku menangis saja dengan Udin ( my 1st boyfriend). Udin pun pelik kenapa makwe dia macam ni Tapi memang aku lemah sangat layu x bermaya semalaman menangis dekat tepi blok asrama.

Tiba-tiba Watie seakan menyedari kemurungan dan kesedihan aku. Watie lah seorang yang mengetahui rahsia hati ini. Watie memujukku agar tidak terus bersedih dan masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Watie... ” Ko tak pernah menangis sebab kitaorang kan Tipah?” ... Malam tu juga aku bersyukur aku punya GO10 lagi untuk aku berkongsi segalanya suka duka tawa dan derita. Aku masih berharap Watie merahsiakan semua sehingga hari ini.


Hari sukan Sekolah, aku tetap melihat Jila berlari 200meter. Aku tetap menjerit bersorak untuk dia. Aku jerit “ Jie!! Aku sayang kau!!” dekat tepi padang. Rasanya waktu tu ada bersama 2 atau 3 orang ahli GO10.

Lepas nota berbisa itu aku mula mengawal perasaan. Sejak itu sehingga kini aku menganggap kawan semuanya kawan biasa sahaja. Aku bahagia melihat Jila bahagia bersama rakan sebiliknya dan rakan sekelasku. Airmata aku sudah semakin kering untuk Jila. Tapi sewaktu hari akhir tingkatan 5, Jila menghulurkan aku sampul surat. Di dalamnya surat yang paling panjang pernah aku terima oleh sesiapa.

Dua hari terakhir di SMT Klang aku dan Girl On 10 telah
Dan yang paling aku terharu. Ada satu ayat azimat... Dia sebenarnya sayangkan aku, dia jadikan aku sumber inspirasinya dan dia mengucapkan terima kasih atas apa yang telah membuatkan dia sudah pun suka akan Sekolah Teknik Klang. Dalam bas Klang ke Banting aku menitiskan airmata hiba... tersangat pilu... kelihatan seperti keanak-anakan tetapi setiap apa yang berlaku dalam hidupku bagiku adalah sangat bermakna.

Aku bersyukur dengan adanya Girl On 10 dan aku berbangga aku ada di dalamnya. Hubungan kami masih kekal sehingga kini 2014. Bila berkumpul, kami seakan masih berada dibangku sekolah walaupun kebanyakan di antara kami sudah pun punya anak. Apa yang aku coretkan adalah kenangan indah di sekolah yang tidak dapat digambarkan dengan apa-apa pun. Tapi Jila merupakan seorang kawan yang tersangat aku sayang, sehingga tiada apa lagi perkataan yang dapat aku gambarkan untuk menyatakan sayangnya aku pada dia.

Jie, i miss you so much dear... ..













Your temporary bestfriend
Noor Atifah Mustamin

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved