Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 PrincessLia • 4 years ago • 1,051 viewed


Kita sering mempertikaikan keadilan, kemampuan seseorang membena sebuah keluarga yang bahagia dunia akhirat.

Kaum adam khususnya sering mengatakan mereka mampu beristeri lebih dari seorang.

Dalam segi batin mungkin ramai yang mampu, tapi sebuah keluarga bahagia bukan hanya terletak pada kemampuan suami memberi nafkah batin, kerana itu hanya satu titik permulaan.

Mungkin anda akan mengatakan, apa lah sangat setakat memberi makan, pakai seorangbernama isteri, empat orang pun aku sanggup (ini kata kata mereka yang bergelar suami).

Tamat berlajar, tamat? mana bolih dikatakan tamat sedangkan kita disarankan untuk sentiasa belajar. Maksud saya, setelah mendapat segulung ijazah, malah ramai juga sebelum bergelar graduan sudah pun berkahwin, mungkin parent kita orang berada, mampu dalam segi materiel sanggup menanggung segala perbelanjaan. Tapi yang tiada masih juga ramai yang kawin, well,dengan alasan mampu.

Tahukah anda? atau pernahkah anda membuat perkiraan, berapa total yang harus anda belanjakan bagi seorang anak? dizaman serba maju ini, anak anak harus diberi pelajaran yang tinggi agar mereka menjadi cerdik pandai dan juga melahirkan pemimpin masa depan.

Untuk menjadi pemimpin, mereka(anak anak) juga harus dipimpin terlebih dahulu. Dan seoranganak lelaki, tidak mungkin dapat dipimpin oleh seorang yang bergelar isteri atau ibu.

Mungkin mereka(isteri) mampu melahirkan ramai, menjaga, dan menyusui. Tetapi setelah mereka(anak2 lelaki) pandai berjalan, pandai bermain bercampur bersama kawan kawan, apakah mereka
(anak2 lelaki) masih harus dipimpinoleh seorang ibu pada anak itu atau seorang yang bergelar isteri? Apakah Isteri juga yang akan membawa mereka ke surau surau, ke masjid masjid bagi mendidik mereka berjinak dengan masjid/surau? Tak mungkin kan? Jika anak tersebut seorang anak perempuan, mungkin dapat dididik atau dibimbing oleh seorang yang bernama isteri.

Itu jika seorang anak, dari seorang isteri, bagaimana dengan yang dikatakan mampu beristeri lebih dari satu tadi? Dan apakah mereka hanya akan melahirkan hanya seorang? Mampukah seorang suami atau ayah membahagikan waktu untuk mendidik mereka yang bakal lahir dari isteri isteri anda nantinya?

Katakanlah anda mampu mendidik mereka menjadi anak yang baik, mereka mungkin akan mencontohi anda. Setelah mereka memasuki alam persekolahan, mereka masih harusdibimbing oleh ibu bapa bagi menjadikan mereka, muslimah, muslimin yang baik.

Kembali kepada soalan saya tentang, tahukah anda? atau pernahkan anda membuat perkiraan, berapakah perbelanjaan bagi memberi anak anak pelajara agar mereka menjadi orang2 terpelajar?

Waktu mereka dalam alam persekolahan mungkin anda masih mampu dengan adanya sekolah sekolah yang disediakan kerajaan. Dan tidak perlu banyak perbelanjaan.

Tapi setelah mereka tamat belajar diperingkat persekolahan, mereka akan memasuki, kolej kolej atau universiti universiti tempatan(agak murah dibandingkan universiti luar negara).

Apakah anda mampu? Tahukah anda berapa anggaran perbelanjaan bagi setiap penggal apabila mereka diuniversiti atau kolej nanti?


Mereka yang mampu mendapat tempat di IPTA agak bertuah kerana semua perbelanjaanbagi setiap mata pelajaran ditanggung kerajaan. Mereka hanya memerlukan perbelajaanmakan pakai juga alat alat buku buku atau bahan bahan pelajaran, itu pun ada juga yang mendapat biasiswa bagi mereka yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang.

Tapi bagaimana dengan yang kurang cerdas? Mereka mungkin tidak mendapat tempat di IPTA, dan mereka masih harus terus belajar, atau harus meneruskan pelajaran di IPTS agar mereka juga dapat mendidik generasi akan datang.

"Ahghhh!.. apo susah? ptptnkan ado?" Pinjaman boleh dibuat. Pada mereka yang berkahwin awal mungkin by the time anak2 ini habis berlajar, bergelar graduan, anda masih ada incomeuntuk melunaskan pinjaman tersebut. Tapi bagi mereka yang berkahwin agak lewat, by the time anak anak kita bergelar graduan, kita mungkin sudah tiada pendapatan untuk membayar balik pinjaman tersebut, dan ianya akan harus ditanggung oleh anak anak kita.


Sanggupkah kita melihat mereka harus bertungkus lumus untuk menyelesaikan pinjaman pinjaman tersebut? Bukankan tanggungjawab kita sebagai parent terutama pada kaum adam yang tadinya dikatakan mampu? Dan diwaktu yang sama mereka juga harus bertanggungjawab terhadap kita sebagai ibu bapa mereka, disamping harus memikirkan mencari wang lebih untuk menjadi seorang bapa pada anak anak mereka nantinya.

Sanggupkah kita melihat anak anak kita yang baru belajar mengenal
erti kehidupan terpaksa menanggung hutang begitu banyak? sedangkan itu semua adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa mereka.

Dan Islam juga mencegah kita dari membiarkan keturunan kita melarat hidup terhina dimata masyarakat.

Fikir fikirkan lah sebelum anda mengatakan anda mampu beristeri lebih dari satu.

*nota : bagi setahun, paling kurang serang pelajar universiti harus membayar "dua puluh empat ribu" (1 subject dlm 2-3k/semester) bayangkan jika harus ambil kursus yang memakan masa empat hingga 8 tahun, mereka memerlukan lebih banyak lagi bagi menapung perbelanjaan2 lainnya juga harus dikira, banyak bahan bahan pelajaran harus ditanggung oleh seorang graduan.

(doctor - 8 tahun anggaran tempoh belajar, lawyer juga anggaran 6-7 tahun, architect anggaran7 tahun dan seterusnya.. paling kurang 4-5 tahun bagi satu satu kursus).


Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved