Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 4 years ago • 1,275 viewed


Tercapai hasrat merasai pengalaman menarik di Big Bad Wolf 2014. Big Bad Wolf merupakan satu acara besar-besaran pameran dan jualan buku pelbagai genre termasuklah buku-buku terlaris dan best-seller. Harga yang ditawarkan sangat-sangat menarik dan anda boleh dapat harga buku kulit keras (hard-cover) serendah RM3 senaskah.

Big Bad Wolf 2014 merupakan pameran dan jualan buku yang membariskna sebanyak 3.5 juta buku pelbagai judul dengan diskaun sehingga 95 peratus. Big Bad Wolf diadakan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan bermula 5 Disember 2014 tanpa henti selama 278 jam siang dan malam.

Pameran dan jualan buku Big Bad Wolf akan berakhir pada 9 malam 16 Disember 2014. Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014 Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014 Memang mengujakan bila saya dan keluarga pertama kali masuk ke dewan MIECC. Mana taknya, gila banyak buku yang ada di sini ... . kagum kami satu famili.

Inilah pengalaman pertama saya dan keluarga hadir ke sebuah pameran buku super mega besar. Selama ini kami hanya dengar cerita-cerita orang sahaja mengenai Big Bad Wolf. Alhamdulillah, berkesempatan juga alami pengalaman serba menarik di situ.

Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014 Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014 Saya juga baru tahu yang rumah blogger hebat Denaihati berada berdekatan dengan lokasi pameran. Cuma saya tidak kesempatan sahaja untuk teh tarik dengan blogger hebat Denaihati Ilhamku. Jika ada yang mahu ke sana, dan tidak tahu cara-cara, boleh rujuk entri Denaihati mengenai Big Bad Wolf 2014.

Tips Beli Buku Big Bad Wolf 2014
Saya nak kongsikan sedikit tips untuk beli buku-buku hebat yang dijual diskaun sehingga 95% di Big Bad Wolf 2014.
Bawa beg sendiri untuk mudah anda pilih buku-buku kegemaran anda - beg pakaian beroda disyorkan atau bakul beroda. Kotak ada disediakan tetapi sukar nak angkat nanti bila buku sudah banyak dipilih.
Lihat tag harga sebenar buku yang mahu dibeli di belakang, jangan sampai anda terbeli buku yang harganya jauh lebih murah daripada harga tag Big Bad Wolf 2014. (Saya terkena dah..)
Pilih buku-buku yang kulit keras kerana buku-buku ini kualiti terbaik.
Pilih buku-buku dengan cermat, dan semak setiap muka surat untuk lihat sebarang kecacatan. Buat pemilihan kali kedua supaya anda tidak terbeli buku-buku yang tidak akan dibaca. Hanya pilih buku yang anda yakin akan baca sehingga habis. Jangan tamak, supaya anda tidak membazir.
Bandingkan harga antara buku dan kualiti, walaupun harganya serendah RM5 senaskah.
Datang awal pagi atau datang selepas jam 10 malam untuk elak kesesakan ke lokasi. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, in Sha Allah. Sumber:

Pengalaman Menarik Big Bad Wolf 2014 http://www.hasrulhassan.com/2014/12/pengalaman-menarik-big-bad-wolf-2014.html

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved