Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 3 years ago • 1,057 viewed


Pada satu pagi yang menyesakkan...
Kehidupan seperti terhenti seketika..saat ayah katakan sakit kepala.

Dunia yang berputar setiap waktu selama 23 tahun seakan berubah... Fajar menyinsing membawa perkhabaran Subuh telah menjelma. Ayah dibawa ke wad... Ayah tak sedarkan diri, malah tidak berkata-kata walau sepatah. Tangannya menepis kepala aku yang menjenguk untuk mendapatkan perhatian darinya.
Adik baliklah... rehat dekat rumah. Nanti tengah hari datang bawak makanan untuk ayah. Jam menandakan pukul 12 pm... Ibu call. Ibu menangis... suaranya serak... Adik... Doktor kata ayah kritikal. Doktor kata ayah takde harapan. Tidak! Hati aku menjerit... Doktor penipu! Kenapa kau orang bagi harapan palsu. Kau orang tak bertanggungjawab pada kecuaian yang kau orang lakukan... Ibu called lagi... Adik,Doktor kata ayah dah takde! Ayah ... ayah... a..yah... !!! Jeritan dan amukan aku dah cukup menyakitkan!! Puaskan hati kau orang semua... Tebuk sana tebuk sini... bedah sana bedah sini... Cucuk sana cucuk sini... tapi ayah aku tetap pergi!!! Tak guna korang belajar tinggi-tinggi jadi Doktor tapi tak mencatat segala jenis penyakit pesakit. Ayah pergi bukan sebab penyakit dia tapi dia pergi sebab kecuaian Doktor & pihak hospital! Doktor Bodoh!!! Korang jadikan aku anak yatim sekelip mata... . Ayah aku lebih penting dari semuanya! Korang bagi harapan palsu! Korang jahat!!! Kalau bukan sebab "bunuh diri" dilarang agama Islam... dah lama aku mati. Aku terpinga-pinga... Aus betul keToksu dah takde? Acek salah tengok ker? Kerr..ini semua cuma mimpi yang panjang dan tak berkesudahan !!! Sakit aku rasa..tak kira apa yang orang sekeliling berkata-kata... Semuanya bohong..Aku hanya bermimpi lagi.

Sampai saat ini aku masih tertanya-tanya... seolah ayah masih ada sedangkan hakikatnya itu cuma ilusi aku!

The End ... .

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved