Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 danial7 • 3 years ago • 913 viewed


RAMADHAN BULAN TAUBAT. (Untuk dibaca oleh Pentazkirah, Imam atau Bilal Terawih dalam 10-15 minit sahaja)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,

Sabda Rasulullah SAW :

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

"Jika malam pertama bulan Ramadhan sudah tiba, maka syaitan-syaitan dan jin akan dibelenggu, pintu-pintu neraka Jahanami ditutup tidak ada satu pun yang terbuka, pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satu pun yang tertutup. Kemudian ada malaikat yang menyeru, “Wahai para pencari kebaikan, menghadaplah (ke Allah Azza wa Jalla dengan memperbanyak ketaatan) ! Wahai para pelaku keburukan, berhentilah ! Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memiliki banyak hamba yang dibebaskan dari seksa api neraka. Itu terjadi setiap malam (bulan Ramadhan) (HR : At-Tirmidzi dalam Kitabus Shaum)

PENCERAHAN :
Ramadhan adalah bulan kembalinya seorang hamba kepada Rabbnya, dan membersihkan diri dari dosa-dosanya, perkara tersebut atas dua faktor;

1) Pada bulan yang mulia ini terdapat ampunan dan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Apatah lagi sekarang ini kita berada di pertengahan Ramadhan iaitu "Awsatuhu maghfirah... " Pertengahannya penuh dengan keampunan Allah, sebagaimana juga dikatakan dalam hadith yang sahih yang lain: “Pada setiap malamnya seorang hamba dibebaskan dari neraka.” (HR : At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

2) Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu neraka dikunci, dan pintu-pintu syurga dibuka, kerana itu hamba Allah menjadi dekat dengan Rabbnya, sepatutnya.
Inilah peluang keemasan bersempena tiada gangguan syaitan untuk kita kembali kepada-Nya, bertaubat dari segala dosa.

Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga تَوْبَة (taubah) berasal dari perkataan تَوَبَ (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali. Seseorang itu dikatakan تابَ (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu. Dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia mentaati Allah.
Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan juga istilah syaraknya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (QS Ali Imran: 135)

Agar taubat kita benar-benar diterima oleh Allah bersempena Ramadhan ini, lihat enam perkara berikut;

1. Ikhlas kerana Allah Ta’ala, bersih dari motivasi dunia kerana taubat adalah motivasi akhirat.

2. Dilakukan pada waktu yang tepat, ertinya sebelum matahari terbit dari sebelah barat dan sebelum ajal tiba.

3. Menghentikan maksiat, tidaklah benar-benar bertaubat tetapi masih bereterusan melakukan kemaksiatan.

4. Menyesali perbuatan (dosa) yang telah dilakukannya, Sabda Nabi SAW, “Menyesali dosa adalah taubat.” (HR : Ibnu Majah dan Al-Hakim).

5. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

6. Jika perbuatan dosa ada kaitannya dengan hak manusia, maka dia wajib mengembalikannya atau memohon untuk dihalalkan, seperti duit dan sebagainya.

Tiga fasa peluang keemasan yang ada di bulan Ramadhan;
1) 01 - 10 Ramadhan, awalnya 'Rahmat' (penuh dengan kasih-sayang Allah)
2) 11 - 20 Ramadhan, pertengahannya 'Maghfirah' (peluang mendapat keampunan Allah)
3) 21 - 30 Ramadhan, akhirnya 'Itkun Minan Nar' (janji Allah bebas dari ancaman api neraka)

Bagi orang yang beriman, peluang sebesar ini sangat dinanti. Sejak bulan Rejab lagi, mereka telah bersedia untuk menyambutnya dengan menyemarakkan ibadah. Mereka sedar Ramadhan ini adalah masanya. Bayangkan, jika terlepas darjat, pangkat dan kedudukan di sisi Allah yang Maha Mulia, tentulah ruginya tidak terkira. Kerana manusia kini berebut-rebut mengejar pangkat dan kedudukan di sisi manusia semata-mata..

Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak menjadi asbab baginya masuk ke syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR : Ahmad)

Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,

KESIMPULANNYA :
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat? Amat malang di Ramadhan 1436 Hijrah ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti Ramadan 1435 Hijrah yang lalu kerana Ramadhan 1437 Hijrah yang akan datang belum tentu dapat kita temui. Sedangkan bulan Ramadhan yang sedang kita jalani ini, melimpah ruah dengan kerahmatan, keampunan dan janji Allah terlepas daripada api neraka akan tetap berlalu begitu sahaja.
Wallahu a'lam -
Taubat bukan 'Tau buat' ! Ukay's.
selamat beramal dan Selamat Berpuasa dibulan Ramadhan yg mulia ini..aamiin

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved