Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 danial7 • 3 years ago • 862 viewed


Tips utk 10 malam terakhir Ramadhan semoga ia berguna kpd kita semua

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik.

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar.

3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya.

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa. menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat.

7. Perbanyakkan doa, mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya. mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh.

8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut.

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar. Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni. Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku.

10. Mohon kpd Allah SWT utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu.

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia.
slmt bersahur

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved