Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 danial7 • 4 years ago • 1,311 viewed


Ada sorang pomen yg tak bekerja. Tak memasal dia membuka sebuah klinik. Nak suruh orang datang, dia membuat iklan 'Sila berubat sini, bayar 30 ringgit saja, kalau saya tak buleh ubat, jangan segan minta ganti rugi 100 ringgit'...

Si pomen dapat pekerja sorang misi cun. Nak jadi cerita, ada la sorang doktor terbaca. Doktor apa lagi, nak cuba la pekena si pomen, kot kot buleh kelim 100 ringgit... (doktor lah katakan)

Pomen: Ya tuan, cuba cerita, sakit apa ni?
Doktor: Mulut tawar, tak berasa langsung waktu makan.
Pomen: Misi, bagi ubat nombot 69. Masuk 3 titik dalam mulut pesakit ni. (Misi terus masukan ubat dlm mulut pesakit itu)
Doktor: Wei! Minyak petrol ni!!
Pomen: Ha, buleh rasa dah? Alhamdulillah, sekejap lagi bayar 30 ringgit kat misi.

Doktor Tidak puas ati. Selang seminggu, dia pergi pulak jumpa si pomen.

Pomen: Sakit pa, tuan?
Doktor: Saya hilang ingatan.
Pomen: Ok! Misi, ambik ubat nombor 69. Masukan 3 titik dalam mulut pesakit ni. (Belum pun ubat dimasukan)
Doktor: Aik, bukan ka ubat no 69 tu minyak petrol?
Pomen: Ha, ingat dah ye, sedangkan minggu lepas saya bagi ubat ni tp awk masih ingat? Alhamdulillah, nanti bayar 30 ringgit kat misi.

Doktor mula serabut kepala. Lepaih seminggu, dia pergi lagi.

Pomen: Tuan sakit pa pulak ni?
Doktor: Mata rabun. Tak nampak apa langsung.
Pomen: Ya ka? Maaf la, yang nii saya tak buleh nak berubat. Nah ambik 100 ringgit ni sebagai gantirugi
Doktor: Aik? Ni 50 ringgit ja?
Pomen: La, nampak jelas dah ka? Alhamdulillah, beri balik 50 ringgit ni. Sekejap lagi bayar 30 ringgit kat misi yer tuan.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2020 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved