Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 2 years ago • 943 viewed


Ini kisah benar dari salah seorang loyal customer kami.. Semua orang boleh berubah. Moga hidayah kita.. Kamu... Anda.. Semua.. terus terusan milik kita semua. Dan berikanlah saudari ini kelapangan dalam segala urusan dan hal beliau. Amin...

"Mesti dia tak solat"
==============

"Ish.. Tak solat le tu"
" tu semayang macam mana tu rambut pun dye kuku pun berwarna panjang pulak"

Itulah aku. Seorang perempuan yang selalu tukar2 warna rambut dan bangga dengan rambut yang aku divakan sebagai mahkota wanita. Ada aku kesah?!

Eh.. Pasal aku tak solat.. Rambut aku berwarna ni mana boleh selalu kena air. 5 waktu pulak sehari. Memang a big NO la wei... Dari kecik aku dah biasa macam ni. Mak ayah aku pun tak heran. Orang2 lain pulak nak kecam. Ada yang aku tak kenal pun.

Keluarga aku kaya je. Aku nak kereta.. Masa kat universiti lagi ayah aku dah belikan sebijik beetle. Duit belanja toksah cakap la. Tak pernah kering. So apadehal. Aku enjoy life.

Tapi ada satu aku takda.. Aku sering rasa kosong.. Masa aku di tahun akhir di ipts. Aku pilih untuk tinggal di hostel. Tujuan asal aku nak lebih bebas. Rupanya aku silap. Dapat pula roomate kuat agama. Leceh betul. Jasmin nama dia. Tapi jasmin ni sekalipun tak penah tegur aku. Dia becakap yang baik2 je selalu. Selalu mengaji pagi2 lepas subuh.

Aku mula2 masa dapat sebilik dgn jasmin ni dah rimas bila tengok minah ni asyik solat on time dan rajin baca quran time lapang. Tapi Aku akan automatik duduk atas katil dan dengar dia mengaji. Perlahan tapi menusuk. Tak paham tapi rasa tenang.

Ada masa tu syaitan mulalah bisik2. Matilah aku ni kena tazkirah panjang esok2. Tapi aku silap. Jasmin ni buat tak peduli tapi satu yang dia buat tiap kali dia bentang sejadah dia untuk solat, dia akan bentang secara melintang. Dia tak bentang secara menegak macam nak solat sorang2.

Mula2 aku tak perasan. Aku kan tak biasa solat. Dah kenapa jasmin ni lintangkan sejadah bagai. Tapi aku diam je. Buat tak reti dan malas nak faham. Kemudian sebulan lepas tu. Dia masih buat yang sama. Tiap2 kali solat dalam bilik kalau aku ada memang dia akan buat begitu lagi cuma kalini ada sepasang telekung dia letak kat sebelah yang kosong tu.

Masa ni perasaan aku dah jadi lain. Jasmin abis je amik wudhuk dia sarung telekung dia. Cantik. Telekung dia aku perasan selalu silih ganti. Dia tak simpan sampai berminggu2 baru basuh. Selang 2,3 hari dah tukar. Banyak betul telekung dia ni ke? Rupanya ada 3 pasang je tapi rajin tukar2. Pembersih orangnya. Jasmin pandang aku sambil senyum dan bersuara "jom sekali"

Aku dah pening.. Nak solat pun aku tak reti nak baca apa pun lagilah tak tahu. Tapi aku pergi jugak amik wudhuk. Wudhuk pun aku terkial apa dulu apa kemudian. Lupa sebab last amik wudhuk masa pelajaran agama kat sekolah itupun tiru2 orang. Time ni aku rasa kucar kacir betul. Kejap kaki dulu kejap kepala kejap telinga. Menangis aku time wudhuk ni. Benda simple dengan air pun aku kalah. Allah sombongnya aku selama ni.

Masuk bilik aku tengok jasmin tgh baca quran. Alaaaaa dah abis solat pulak dia ni ke? Matilah kalau aku nak solat sendiri. Rukun apa dulu apa yang akhir aku bukan tau ni. Tapi aku silap lagi. Jasmin berenti baca dan bangun berdiri siap2 nak solat. Rupanya dia tunggu aku. Lepas aku pakai telekung yang jasmin sediakan tu berdebarnya jantung aku macam nak pecah. Nak bagitau ke nak diam je acah2 tau solat ni. Adoi semak betul. Tapi jasmin relax je... "Nina ikut kita eh. Apa kita buat nina buat sama.. Tak payah baca apa2 pun takpa.." Dan korang tau apa? Aku ikut sampai habis!! Last skali masa tadah tangan baca doa. Jasmin baca dalam bahasa melayu. Cukup jelas untuk telinga aku dengar. Menjurai2 air mata aku masa tu menangis macam takda hari esok.

Habis doa kami duduk berdepan2 dan jasmin pegang tangan aku. " jangan malu dengan manusia.. Tapi kena malu dengan Pencipta" terkesima dan terpana. Aku pun terus terang bagitau aku tak reti amik wudhuk pun solat pun tak. Dan paling haru aku cakap rambut aku ni. Sampai bila2 pun tak boleh bawak solat. Mesti Allah tak terima kalau aku tunggang langgang solat pun.

Jasmin senyum. Ehhh minah ni senyum2 pulak. Lempang kang! Pasal rambut tu nina bagitau ada caranya. Tak perlu smpai botakkan pun kepala. Masa berwudhuk Yang perlu disapu adalah kepala, tetapi kenapa kita menyapu rambut adalah sebab rambut berada di atas kepala. Bukan tujuannya menyapu rambut. Kalau orang yang memang botak dan tidak ada rambut, adakah dia tidak boleh wuduk kerana tidak ada rambut? Kita bukan disuruh menyapu rambut tetapi kita disuruh menyapu kepala. Terkebil2 aku ni baru paham. Tapi jasmin pesan jangan ulangi lagi perkara2 ini di masa akan datang. Biarlah rambut yang asal keluar nanti dah panjang aku potongla sedikit demi sedikit sampai habis warnanya.

Ada masa banyak benda aku belajar dengan jasmin. Dari A sampai Z. Lama2 dah yakin boleh solat sendiri walau tanpa jasmin. Sabarnya dia. Hidayah aku mungkin Allah hantar melalui kawan sebilik yang sebaik ini. Tiap kali masuk waktu solat walaupun dah berkerjaya ni aku akan gelisah kalau lengah2kan. Aku pun dah bertudung sejak kerja. Sampai hari ini aku simpan dan pakai telekung bertag Jameelah kat telekung Jasmine hadiahkan tu. Masa tu maksud jameelah pun aku tak tau. Sampailah aku google dan jumpa makna jameelah ialah"cantik". Jasmin kata jangan cantik di mata manusia. Biar cantik di mata Allah. Itu lagi penting. Saja dia belikan sepasang yang baru masa tu sebab dia memang tau aku takda sepasang pun telekung walaupun baju aku silih berganti tiap hari.

Tiap kali pandang atau pakai telekung tu. Sebak. Banyak kenangan dan banyak air mata jatuh kat situ. Allah maha besar 😭 dan aku masih setia beli jenama jameelah ni sampai harini. Selesa dan sentiasa buat rasa nak berlama2 bila pakainya. Dah 2 tahun berlalu. Doakan aku sentiasa istiqamah dan terus-terusan berubah kearah lebih baik ya

- nina kuala lumpur -
(Bukan nama sebenar)

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved