Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 drsaba85 • 2 years ago • 1,130 viewed


"Setiap peyakit ada ubatnya". Kata kata yang sering bermain di bibir masyarakat awam terutamanya para perawat yg menawarkan rawatan untuk penyakit penyakit tertentu. Namun kadang kadang majoriti daripada kita gagal malah tidak tahu menahu tentang kewujudan "sambungan" hadis tersebut yang berbunyi " Apabila ubat itu sesuai dengan penyakitnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah".

Point ini sangat penting kerana apapun permasalahan , pokok pangkal penyelesaian adalah pada punca atau sumber masalah. Dewasa ini, kita sering mendengar manusia menjaja produk dewa itu atau ini,kononnya boleh menyembuhkan serba serbi penyakit tidak kira apapun juga penyebabnya. Impaknya bukan saja merugikan diri pengguna itu sendiri kerana merasa tertipu, tetapi dampak negatif juga akan terpalit pada Junjungan Baginda Rasul, seolah olah baginda telah berdusta padahal kenyataannya tidak sama sekali.

Jelas point yg penting dlm menentukan sembuh atau tidaknya sesuatu penyakit/masalah itu selain drpd izin Allah S.W.T adalah KESERASIAN UBAT DENGAN PENYAKIT. Sy ingin membuat analogi mudah dlm menerangkan konsep asas ini sebagai contohnya ada dua orang manusia yg sama umurnya, jantinanya tetapi yang sorang ini sakit diabetes manakala yg seorang lagi mengidap penyakit gout. Jelas punca masalah kedua kedua mereka sgt berbeza, yang satu mengalami masalah pada penghasilan insulin manakala yg satu lagi masalah pada metabolisme purine dlm badan. Secara logik akalnya, sudah tentu ubat diabetes tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah yg sakit gout begitu juga sebaliknya. Jadi tiada konsep ubat dewa.

Bulan lepas, dtg seorang pesakit pada sy bertanyakan tentang penyakit kulit yang dihadapinya. Beliau menceritakan bahawa beliau telahpun pergi berubat ke Pakar Kulit Dr Koh dan diberi sejenis sabun dan juga antibiotik. Setelah sy teliti, penyakit beliau ini adalah Acne Vulgaris. Permasalahan ini secara ringkasnya timbul disebabkan salah satunya adalah penghasilan minyak sebum yang tidak terkawal. Beliau mengakui sejak berubat dengan Dr Pakar itu, kulitnya beransur sembuh. Namun, beliau sempat juga menceritakan bahawa sebelumnya beliau ada mencuba produk produk penjagaan kulit yg ada dipasaran termasuklah minyak zaitun. Dan beliau mengakui keadaanya bertambah teruk. Jelas, masalah utamanya adalah masalah penghasilan minyak berlebihan, penambahan apapun minyak memang akan memburukkan keadaan. Walaupun kononnya itu makanan sunnah. Jadi tidak kena pada tempatnya. Sebab itu ilmu itu juga perlu.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, konsep cara hidup baginda rasul, terutamanya dalam menjaga kesihatan badan, lebih banyak yg bersifat Pencegahan daripada Pengubatan. Selain itu, ia bukan hanya sekadar makan itu atau ini namun juga cara hidup yg seimbang antara aktiviti fizikal dan spiritual. Bukan hanya sekadar dibuat "cocktail"zaitun tambah delima tambah habbatussauda dan kemudian habis cerita. Akan tetapi nabi seorang yg aktif fizikalnya; bergusti, memanah dan berenang. Beliau juga secara sosialnya sangat baik tidak hanya terkurung dirumah dan tidak bermasyarakat.

Kesimpulannya penjagaan kesihatan itu adalah suatu usaha yang dinamik dan multifaktoral. Ia bukan hanya melibatkan isu diet semata mata, malah lebih kepada cara hidup keseluruhannya. Namun, kesihatan itu adalah nikmat daripada Allah dan wajib disyukuri. Setiap penyakit ada ubatnya, namun buat masa ini bukan semua penyakit sudah ditemukan penyembuhnya. Apapun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Itulah sebenar benar cara sunnah dalam.menjaga kesihatan.

#SetiapPenyakitAdaUbat #PreventionBetterThanCure

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved