Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Khairunnisa263 • 8 months ago • 436 viewed


Nurhana Akila. Seorang pelajar berumur 18 tahun. Kawannya Faradila. Dan seorang lelaki yang bernama Sharif Ahmad.

Sebenarnya, mereka bertiga ni sahabat. Akhirnya, Akila telah

jatuh cinta dengnan Sharif. Apabila diketahui, rupa-rupanya Faradila juga sukakan Sharif. Tak sangka, 2 sahabat ini jatuh cinta dengan lelaki yang sama.

Walau apa pun, Akila buat tak tahu akan hal tersebut. Sharif tak sukakan siapa-siapa pun antara mereka berdua.
"Hei, aku dengar kau suka kat Sharif, betul ke?" Tanya Faradila.
"Eh, mana ada. Apa pula kau ni. Merepek betul." Akila menafi-nafikan kata-kata Faradila. "Habis, kenapa aku tengok kau rapat je dengan dia?" Soal Faradila lagi. "Salah ke aku rapat dengan dia? Dia kawan pertama akulah.. Takkan aku nak abaikan dia saja.." Kata Akila. Faradila hanya mengangguk.
Suatu hari, di padang sekolah, Akila terserempak dengan Sharif selepas bermain bola jaring. "Eh, Akila.. Apa khabar? Sihat?" Sharif mula menegur Akila. "Ah! Alhamdulillah.. Sihat. Nak pergi mana ni?" Tanya Akila. "Nak pergi jalan-jalan je.. Nak ikut?" Tanya Sharif dengan hati yang ikhlas. "Hmm... . Naklah!" Jawab Akila.
Mereka singgah di kantin sekolah. Tak buat apa pun. Borak je.. Sedang mereka borak-borak, datanglah seorang gadis yang tak bertudung. Itulah Faradila. Dengan berkaca mata hitam. Tiba-tiba dia ternampaklah Akila sedang berborak dengan Sharif. Hatinya membara apabila melihat gelak tawa Si Sharif.
"Oi, Akila!! Meh sini!" Teriak Faradila. Sambil menarik Akila keluar dari kantin sekolah terus ke jalan raya. Tak nampak ke banyak kenderaan yang lalu-lalang kat situ? Sharif yang terkejut terus bangun dan menghampiri mereka berdua.
"Sampai hati kau, kan? Aku sedih dapat kawan yang macam kau ni! Rupa-rupanya tali persahabatan kita telah kau gunting! Tak sangka betul, Akila.. Aku perih, kau tahu tak?" Faradila menengking ke arah Akila dengan wajah yang merah menyala.
Baru saja Akila nak berbicara, sebiji penumbuk meluru ke arah Akila. Akila menahan sakit. Sharif menghalang Faradila daripada menumbuk Akila namun, Faradila menendang Sharif. Akila hanya memandang sahabatnya. "Sharif, tolong lupakan aku. Aku tak diperluka--" Akila terbatuk-batuk mengeluarkan darah. Sharif hanya menangis melihat Akila dalam keadaan begitu.
Faradila mengheret Akila menyeberangi jalan raya agar Sharif tak dapat mengacaunya untuk belasah Akila yang tak bersalah itu. Sedang menyeberangi jalan, sebuah lori meluru laju ke arah mereka berdua. Akila ialah seorang yang disayangi ramai dengan sikapnya yang sanggup melukakan hatinya demi perasaan orang lain. Dengan sikapnya itu, Akila menolak Faradila ke tepi jalan manakala dia dilanggar lori.
"AKILAAAAAA!!!!!!!" Jerit Sharif dengan penuh kesedihan. Terus dia meluru ke arah Akila yang terlantar di atas jalan raya. Juga diiringi Faradila. Ramai yang melihat kejadian itu.
"Faradila, aku tak nak... . persahabatan kita.. putus... Sebab... ... . aku sayangkan kau... ... , Faradila.." Kata Akila disaat dia masih boleh bernafas. Faradila menangis teresak-esak. Tak mampu mengucap apa-apa.
"Sharif... , tolong.. tengokkan Faradila... ... Untuk aku... Aku sayang korang.. Maafkan aku... Terima kasih segalanya----," Akila mula batuk darah.
"Akila, jangan tinggalkan aku..! Aku cintakan kau, Akila!!" Ucap Sharif kepada Akila. "Jangan tinggalkan kitorang, Akila!!!" Faradila menyambung.
Akila sempat mengukir sebuah senyuman kepada mereka berdua. Saat nafas terakhirnya berhenti, dia masih tersenyum. Namun, senyuman itu tak bermakna lagi. Kerana roh Akila telah dibawa pergi.
Sharif dan Faradila menangis tak sudah. "Menyesalnya aku... Maafkanlah aku, Akila.." Ucap Faradila kepada jasad Akila yang kaku di atas ribanya.

Sesal tak sudah... .. Jadilah kawan yang bagus.

(Khairunnisa Farzana)

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved