Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 laili_ili • 10 months ago • 577 viewed


Sehari sebelum raya... .masa tu waktu malam... anak-anak saudara saya hendak keluar ke pekan untuk membeli pakaian raya... kita sibuk malam raya diorang sibuk nak pergi pecan…geram jugak…pada mulanya mereka hendak pergi ke pekan dengan menaiki teksi sahaja... tetapi ibu mereka tidak izinkan kerana risaukan keselamatan mereka... so saya menawarkan diri menghantar dan menunggu mereka di pekan untuk tujuan tersebut... .maka legalah hati seorang ibu... kihkihkih... .

Maka, kami bertiga pun pergilah ke pekan….sampai di pekan, saya parking kereta di depan kedai yang mereka hendak pergi…saya hanya menunggu di dalam kereta sahaja…selesai mereka membeli apa yang dikehendaki, kami pun hendak bergerak pulang ke rumah…sebaik sahaja saya mengundurkan kereta, kedengaran bunyi seperti belakang kereta saya melanggar sesuatu…(sensor kereta saya rosak…tu yang tak bunyi sensor&hellip Maka bergegas kami bertiga keluar dari kereta dan melihat apa yang telah terjadi…rupa-rupanya saya telah melanggar kereta orang…kereta tu double parking belakang kereta sebelah kiri kereta saya…saya melanggar bahagian depan kereta itu…

Saya memang gelabah jugak…tapi saya mengawal perasaan saya…ketika itu hanya ada pengantin perempuan sahaja di dalam kereta tersebut…saya terus memohon maaf kepada dia…mulut saya tak berhenti-henti memohon maaf…saya rasa bersalah sangat-sangat…dalam hati saya, saya tidak kisah jika perlu membayar ganti rugi…walaupun ketika itu gaji saya hanya cukup makan sahaja untuk saya dan keluarga…

Pengantin perempuan itu meminta saya menunggu pengantin lelaki datang kerana dia tidak tahu nak runding macam mana dengan saya….tidak lama kemudian pengantin lelaki tersebut datang…saya memohon maaf berkali-kali dengan pengantin lelaki tu…dia memaafkan saya dan katanya saya tidak perlu membayar apa-apa sebab keretanya tidak mengalami kerosakan apa-apa…kemek bahagian depan itu adalah kemek akibat kemalangan yang lama dahulu…dan kereta saya pun tidak mengalami apa-apa kerosakan…

Alhamdulillah…saya bersyukur sangat-sangat…berkali-kali saya ucapkan terima kasih kepada pasangan pengantin tersebut…mulia sungguh hati mereka…saya sangat-sangat terharu…saya doakan pasangan pengantin itu dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah atas kebaikan dan kemuliaan hati mereka…sehingga ke saat ini saya sentiasa doakan pasangan pengantin tersebut jika terlintas di fikiran tentang mereka….

Mohon semua yang membaca cerita ini mendoakan pasangan pengantin ini bahagia di dunia dan akhirat, dilimpahi rezeki yang melimpah ruah... aamiin…

#Jangan pernah jemu melakukan kebaikan….

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved