Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 aieynn • 3 months ago • 180 viewed


HUJAN turun dengan lebat disertai dengan guruh. Daun-daun pokok kencang melambai ditiup angin. Jalan raya mengalami kesesakan sehingga sukar motosikal ingin mencelah. Ada lori, ada bas, ada teksi, ada uber dan grab car. Semuanya berhimpit-himpit ingin merebut laluan.

Dalam banyak-banyak kenderaan empat pacuan, ada dua orang gadis di dalam grab car. Mereka duduk di belakang sambil resah. Salah seorang daripadanya ibu mengandung yang sedang menahan kesakitan. Abang grab car ikut resah juga. Sudahlah hujan lebat, jalan jammed, dugaan apa kat aku hari nie, bisik hati abang grab car.

"Ya Allah, sakitnya... Sakit... Sakit... ."

"Sabar, Nim. Istighfar... kontrol pernafasan kau tu... " Pujuk rakan ibu mengandung. Dia memandang driver di depan yang melihat mereka melalui cermin.

"Macamana nie bang? Kawan saya tak tahan dah nie. Kat depan tu kenapa tak bergerak-gerak lagi?"

"Itulah. Saya pun tak tahu nie dik... " Abang grab car menjawab dengan nada bimbang. Mampus aku kalau budak nie terberanak dalam kereta.

"Ina... aku dah tak larat... " Rakan ibu mengandung terus mengalihkan pandangan. Rakannya berpeluh-peluh menahan kesakitan. Penghawa dingin yang dipasang pun tidak terasa.

"Tasnim... please hold on... " Pujuk Sakinah.

"Don't give up... ." Sambung Sakinah. Tasnim menggelengkan kepala. Sesungguhnya Tasnim sudah tidak berdaya. Cecair terus keluar. Bau darah menyerbu hidung masing-masing. Sakinah dan driver grab car menggelabah bila Tasnim mula tidak sedarkan diri.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved