Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 anormala • 2 weeks ago • 41 viewed


Tadi, nak mengurangkan bosan menggosok baju, mulalah merayau kat YouTube, tertekan kat Radio IKIM.

Ustaz Pahrol kupas tentang isu LALAI.

Mak aiii. Macam kena lempang rasanya.

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai. Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu

Sebab-sebab lalai:
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:
1. Cari sahabat yang baik
Ustaz sempat kongsi yang ni je.
Bersambung lagi minggu depan, Insya Allah.

Pesan tukang catit:
Share lah sudah tentu bermanfaat.

#jentikjiwa

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved