Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 anormala • 2 months ago • 133 viewed


Suatu hari ketika berada dalam kuliah Imam Shafi'e, seorang pelajarnya, Yunus ibn Abd al A'ala berselisih pendapat dgnnya.
Yunus menjadi marah, bangun meninggalkan kuliah lalu pulang ke rumah.

Malam itu, Yunus mendengar ketukan dipintu rumahnya dan bertanya siapakah gerangannya itu. "Muhammad Ibn Idris!" jawabnya.

Yunus cuba bayangkan nama2 kenalannya, tiada yang punya nama seperti itu kecuali Imam Shafi'e. Bila dia membuka pintu tersebut, beliau sungguh terkejut kerana orang itu benar2 Imam Shafi'e..!

Imam Shafi'e berkata: "Wahai Yunus!
Beratus-ratus perkara telah menyatukan kita, takkan hanya SATU perkara itu sahaja telah memutuskan hubungan kita??
Usah cuba kita beroleh kemenangan dalam semua perbezaan;
kadang2, memenangi hati seseorang lebih penting dari memenangi sesuatu perselisihan...

Usah kita bakar jambatan yg telah dibina dan lalui, kerana mungkin suatu hari anda perlu melaluinya lagi nanti.

Bencilah kepada perkara yang salah, bukan kepada pembuat salah.

Bencilah kepada perbuatan dosa, bukan orang yang berbuat dosa, berilah kemaafan dan berbuat baik penuh rahmah kepadanya.

Kritiklah, tegurlah isi kuliah tersebut, tapi tetap menghormati guru tersebut.

"Tugas kita adalah menghilangkan penyakit, bukan pesakit."

Demikian itu secebis nasihat yang sangat baik. Memang amat mudah untuk kita membakar jambatan silaturrahim.
Memang mudah untuk kita membenci dan membalas dendam.
Tapi ke manakah kesudahannya

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved