Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 pensil2b • 3 weeks ago • 73 viewed


"How old are you?"

"31"

"Da kawin?"

"Belum."

"Hahaha... kenapa belum kawin? Memilih eh.."

"Ha ah. Memilih. Hati belum cenderung pada sesiapa"

"Hahahahaha.. kesiannya"

Why kesiankan orang yang belum kawin?

Kita da stable at work, da ada comfortable position and gaji and gaji kita entirely untuk diri kita. Nak beli apa.. beli je. Nak makan mana.. makan je. Tak perlu risau household expenses. Once da put aside duit parents, yang lain semua is ours.

Kita dapat berbakti more pada parents. Masih boleh golek2 atas katil parents. Boleh gurau2 and manja2 ngan parents. Kita spend so much time ngan family. And I love that. I cant imagine being in a different house with my mum. I need to see her face every single day.

Boleh beribadah. Nak pergi class mana2, boleh jalan je.

Tak perlu masak. Balik rumah, letih from work terus boleh lepak. Ada makanan, makan. Takde makanan.. tido.

Kalau takde time nak kemas bilik, biar je serak macam gua musang. Ada mood kemas. Takde mood.. whatever.

"Yela.. kesian kau.. sebab lonely. Takde suami and anak2. Nanti da tua sapa nak jaga?"

Siapa kata orang2 single ni lonely? Kalau kau rasa lonely takde suami and anak2.. or boyfriend or tunang.. then thats you. Not me. Tak semestinya you feel that way, then I pon kena feel the same way. So tak perlu kesiankan kita and ingat kita some weird people and sedap2 nak label kita andartu or andalusia. Ada orang kawin, tapi masa tua alone jugak. Anak2 tinggalkan. Suami da meninggal. Ada yang kawin muda, tak sampai berapa bulan, suami da meninggal. Ada yang kawin lama, anak da ramai, suami pulak buat hal.

So leave all this to Allah SWT. Kita pon tak tau jumpa tak dengan hari tua kita. Allah SWT adalah sebaik2 penolong. Depend totally on Allah SWT je.

Its just me. Aku belum kuat.

Sebab tu betul jugak some people said, belum sampai seru.

Once da sampai masa yang tepat, yang Allah SWT da tetapkan di loh mahfudz, dengan orang yang Allah SWT pilih, then dengan sendirinya all the fears will dissappear. And dengan sendirinya hati akan terbukak untuk berumah tangga. Nak ada anak2.

Marriage is hard work. Dua2 kena work hard to make a marriage work. Its not about nak ada someone untuk be lovey dovey 24 jam. Its someone yang kita let into our house and personal space to build a family together. Memang kena memilih. Sebab the kids we are going to have is going to have both our genes. Memang kena memilih, sebab aku taknak kawin dengan someone yang tak cintakan Allah SWT and Rasullullah SAW. And even if lepas memilih, suami still buat hal, and the marriage doesnt work out, nobody has the right to say anything about our personal choices.

Dalam life ni, semua orang ada their own personalized journey. Kita may be going similar situation but journey kita tak sama. So focus on our own journey. Tak perlu heran or risau journey orang lain. Dia ada roadblock dia. Kita pon ada roadblock kita.

Yang penting, every single one of us ada kat dunia ni for a short while je. Tak guna jugak kalau kawin and ada anak and cucu berlambak2 tapi kita tak lead an Islamic lifestyle. Asik happy go lucky. Solat tak jaga, aurat tak jaga, pergaulan dengan non mahrams, cousins tak jaga.

At the end of the day, kita semua ada kubur nak masuk and kena jawab all our deeds masa kat dunia ni pada Allah SWT.

Kita akan masuk kubur sehelai sepinggang. So kawin umur 19 ke umur 39 ke.. ada anak ke takde anak ke, tu semua tak penting, first kita akan ditanya tentang solat. Aurat. Amalan. Then how? Kalau amalan kita kat dunia ni asik nak audit life orang lain. Tapi lupa nak audit diri kita sendiri. Suka rounding kat unmarried ladies and tanya soalan2 yang bukan urusan kita.

So yeah, semua orang nak kawin and nak ada zuriat. Aku pon sama. Tapi apa yang kita nak untuk diri kita tak sama dengan apa yang Allah nak kita go through dalam life ni. Kita nak macam2. Tapi Allah SWT cuma bagi kita tools yang kita perlukan untuk go through our lives. Ultimately, Allah SWT created kita semua untuk beribadah. Lain benda tu semua is just bonus.

Ada ada..
Takda redha..

Virtual Friends - Copyright © 2001-2018 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved