Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 missfluffy • 1 month ago • 633 viewed


Hikmah Pertemuan
.
Solat telah menjadi keutamaan dari segala hal yang ada..
.
Dhuha telah menjadi kewajipan walau sesibuk mana mengejar urusan dunia..
.
Tahajut telah menjadi peneman setia tiap kali terjaga dikala suramnya malam menjelma..
.
Rezeki yang ada telah dikongsi kepada yg memerlukan. Siapa tahu mungkin ada rezeki untuk mereka melaluiku..
.
Maka nikmat Allah apa lagi yang ingin aku dustakan disebalik pertemuan ini?
.
Sebagai balasan apa yang mampu aku hadiahkan kepadanya.. Kebahagiaan? Maaf, aku sendiri tak mampu untuk lakukan di atas sebab yg tak dapat aku jelaskan, apatah lagi utk difahami oleh mereka yang tidak berada ditempatku..
.
Maafkan aku kerana tanpa sedar ia telah menjadi satu harapan.. Harapan yang aku sendiri inginkan tetapi aku juga tak dapat tunaikan.. Jika diteruskan aku takut... takut ia akan menyeksakan lagi hatinya yang telah sedia terluka.. Terlalu banyak kata dan cerita yang tak mampu untuk aku luahkan.. Hidup ni tak lama, jadi biarkanlah ia tersisa begini saja.. Carilah kebahagiaan pada yang lain kerana dengan keadaan ini aku tak mampu untuk memberi kebahagiaan itu..
.
Hanya doa pengganti diri dapat ku utuskan demi kebahagiaannya dunia akhirat.. Bagaimana cara Allah akan beri kebahagiaan itu biar Allah sahaja yang tahu dan aturkan semuanya.. Insyaallah setiap sedekahku akan ku titipkan namanya bersama bonda kesayangannya.. Hanya itu yg mampu ku lakukan sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga..
.
Nak tau kenapa dirinya Lelaki yang Hebat? Sebab tanpa sebarang pertalian darah apatah lagi ikatan yang halal dirinya mampu mengubah aku dikala yang lain tak mampu untuk lakukan. Allah bukakan hatiku untuk menerima setiap teguran dan nasihat dengan rela hati. Tiap bait bait kata akan aku ingat..
.
Siapa sangka sangat besar hikmah disebalik pertemuan yang sesingkat ini.. Walaupun pahit tetapi manis pengisiannya tetap ada.. Indahnya hanya aku sahaja yang rasa.. Aku telah temui jalanku.. Ternyata hidayah Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara yang berbeza malah ada yang langsung tidak dijangka..
.
Terima kasih Ya Allah kerana telah makbulkan doaku.. Di dalam berjuta anak Adam, Allah telah titipkan seorang Adam yang terpilih untuk perbetulkan jalanan hidupku.. Walaupun kehadirannya tidak lama tapi ia cukup memberi makna dan kebaikan kepadaku supaya menjadi seorang wanita yang lebih baik dari sebelumnya..
.
Percayalah setiap satu kebaikan akan dibalas dengan beribu kebajikan yg lain. Setiap satu kejahatan biar Allah sahaja berikan ia pengajaran. Terkadang hati bertanya mengapa hidup masih tak bahagia? Jangan pernah kita lupa bahawa ada kebahagiaan yg Allah simpan di akhirat sana..
.
Duhai Adam... Jangan pernah menyesal kerana Allah telah mengizinkan kamu untuk mengenaliku.. Yakinlah pasti ada kebaikan untukmu walaupun bukan didunia Insyaallah di akhirat sana..
.
Nota Hati,
Indah, 2018.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2018 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved