 |
Setiap pagi Dia bangun, melihat telefon bimbit, berharap akan ada satu sms dari orang yang ditunggu-tunggu atau sekurang-kurangnya satu miss call Juga seperti pagi-pagi yang lain, Dia bangun dan minum kopi. Selalu kopinya pahit. Bukan kerana tiada gula, tetapi kerana tiada manisnya. Pahitnya kopi berpunca dari rasa hampa kerana dalam tidurnya juga Dia tidak bermimpi seperti yang Dia mahu. Dia sangat berharap untuk berjumpa sekalipun dalam mimpi. Untuk mengaku perasaan sayangnya. Untuk mengaku perasaan rindunya. Untuk mengaku rasa kesalnya. Untuk merayu agar kembali. Tetapi seperti hari-hari sebelumnya seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Masih tiada sebarang khabar berita. |  |