Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 Faceless • 11 years ago • 3,184 viewed


Kisah yang hendak saya paparkan ini telah berlaku 10 tahun lalu tapi saya percaya ia tetap relevan sehingga kini. Juga untuk masa-masa yang akan datang. Banyak iktibar yang boleh diperolehi dari kisah berkenaan.
Saperti di ceritakan oleh Ustaz Moahmad Din Yusoh (Utas Travel and Tours Sdn Bhd di negara jiran M'sia) Begini cerita nya:-
Pada tahun itu saya membawa kira-kira 600 jemaah, iatu 200 lelaki dan 400 wanita. Apabila banyak jemaah dibawa bermakna banyaklah masalah yang perlu di tanggung. Dengan itu banyaklah juga kerenah mereka yang saya saksikan. Pukul 11.30 malam 8 Zulhijah, para jemaah meninggalkan bilik masing-masing dan menaiki bas menuju Padang Arafah. kerana jalan agak sesak, kami sampai kira-kira pukul 4.00 pagi. Sampai di sana para jemaah masuk ke khemah masing-masing dan kemudian bersembahyang, berehat, berzikir serta beribadah.Keesokannya sarapan diberikan oleh para pekerja muasasah. Badan yang letih teasa segar apabila menghirup air teh panas serta makanan
seperti roti dan kuih.
Sebaik masuk waktu wukuf, kami bersembahyang, bertalbiah, berzikir, berdoa dan pelbagai ibadat lagi. Sejam kemudain para pekerja measasah datang sekali lagi membawa makanan di dalam tray. Saya lihat jemaah-jemaah menyuapnya dengan berselera. Tapi ketika baru hendak menjamah makanan tiba-tiba saya dengar berlaku kekecohan di khemah bersebelahan dengan khemah yang saya tinggal. Bunyi nya riuh rendah seperti ada pertengkaran berlaku. Saya letakan makanan dan menjenguk keluar. Dalam jarak yang Cuma beberapa meter sahaja, saya lihat seorang lelaki separuh usia berdiri dihadapan pekerja muasasah yang datang membawa makanan. Mukanya merah dan bengis. "Hei!!!" jerkahnya kepada pekerja terbabit. "Apa engkau ingat aku datang sini nak makan makanan macam ni? Hah?!!! Pekerja muasasah yang umurnya awal 20-an diam tidak berkata apa-apa. Takut agaknya. Jemaah-jemaah lain pula mendiamkan diri, menunggu apa yang akan berlaku seterusnya. "Cuba engkau tengok ni! Apa benda ni? Nasi tak serupa nasi..keras. Sayur tak serupa sayur... .. macam rumput. Daging tak serupa daging... .liat.Ni apa benda ni hah?!!! Aku bayar beribu ringgit tau nak datang sini tapi makanan macam ni yang engkau orang beri kat aku?"
Pekerja muasasah terus diam membatu. Dia tidak berani menentang mata lelaki tersebut. Dengan suara yang keras lelaki itu menyambumg, "kalau macam ni... .lah, makanan ni layaknya untuk itik aku kat kampung saja. Makanan itik aku pun lebih sedap daripada ni! Tau?!!!!! jerkah lelaki tersebut sambil menghayun tray serta makanannya ke tepi khemah.
Makanan berterabur ke tanah sementara tray pula terpelanting entah ke mana. Lauknya terpalit mengotori khemah yang bersih. Semua jemaah, lebih-lebih lagi pekerja muasasah itu tersentak. Saya juga begitu, terkejut dengan gelagat panas baran lelaki berkenaan. Namun kemarahan lelaki terbabit masih belum reda.
"Hei! Dengar sini! Daripada makan makanan yang macam ni, lebih baik aku tak payah makan terus!!!! Dah... kau pergi balik. Cakap dengan dia orang,aku tak mau makan makanan itik!" herdiknya lagi. Dadanya turun naik dengan kencang menahan marah. Matanya merah seperti hendak ditelan pekerja muasasah itu.
Selepas dimaki hamun, pekerja muasasah itu berjalan perlahan meninggalkan lelaki tersebut. Mukanya pucat da dia benar-benar malu kerana diherdiksedemikian rupa. Beberapa orang jemaah menghampiri leleaki tersebut."Sabarlah bang aji. Nak buat macam mana, dah itu aja makanan yang ada,kita kena terimalah," kata salah seorang daripada mereka sambil memegang bahunya."Mana boleh sabar.Kita bayar, mereka kenalah bagi makanan yang elok. Bukan yang macam tu. Tu makanan itik!" ulang nya lagi. Macam-macam lagi perkara yang dibebelkan oleh leleki itu. Baginya makanan tersebut terlalu hina untuk dimakan.
Selepas berjaya ditenangkan, saya lihat lelaki itu duduk seorang diri termenung. Tidak ada jemaah yang berani menegurnya takut kalau tersilap tegur, dia akan bertambah marah pula. Pada tengah hari itu dia tidak menjamah makanan walau secubit pun. Saya yang sudah bertahun tahun membawa jemaah haji dan telah melalui pelbagai pengalaman cuma memerhatikan saja gelagat panas baran lelaki tersebut. Bagi saya lelaki itu tidak faham bahawa apabila berada di Mekah bermakna kita akan melalui pelbagai ujian. Kita kenalah terima ujian itu dengann baik kerana pasti ada tujuan tertentu Allah turunkan ujian tersebut. Kalau ujian itu diterima dnegan positif pasti Allah akan memberi ganjaran yang baik. tapi kalau ujian itu kita terima dengan negatif, maka tunggu sajalah balasan daripada Nya. Itulah yang selalu berlaku dan saya saksikan sendiri. Berdasarkan gelagatnya, saya berkata di dalam hati."... .aku tidak pelik kalau bala menimpa lelaki ni."
Tapi alhamdullillah sehingga habis musim haji tidak berlaku sesuatu yang buruk kepada jemaah berkenaan. Bagaimanapun tiga bulan selepas Kembali dari Mekah, saya mendapat khabar bahawa lelaki berkenaan ditimpa satu penyakit yang aneh. Doktor yang memeriksa tidak dapat mengesan apa penyakitnya.
Penyakit yang menimpa lelaki tersebut ialah tekaknya tidak dapat menerima nasi dan apa jua makanan. Yang boleh diterima cumalah air dan susu. Kalau lelaki berkenaan memakan nasi maka tekaknya akan terasa amat sakit menyebabkan dia terasa amat pedih dan mual. Beberapa kali keluarganya cuba memberi makanan tapi tidak berjaya kerana sebaik saja makanan itu mencecah anak tekaknya, lelaki tersebut akan mengerang sesakitan. Ketika terlantar itulah barulah lelaki tersebut teringat kembali kesilapan yang dilakukannya semasa di Arafah. Akhirnya dia sedar bahawa walaupun kurang menyelerakan tapi makanan tidak boleh dihina keran itu adalah rezeki Allah. Makanan juga makhluk Allah. Ia di ciptakan untuk kita, bukan untuk dihina dikeji.Biarpun hari inin kita mendapat makanan yang kurang elok, tapi kita masih perlukannya untuk hari-hari berikutnya. Kita perlu makan untuk terus hidup. Tapi sudah terlambat. Kalau perahu terlajak boleh juga diundur, tapi kalau cakap sudah terlajak... ... . Kerana nasi yang dibuat untuk lelaki itu tidak dapat ditelannya, ia dibuang begitu saja!
Akibat penyakit itu, badan lelaki tersebut yang sebelum sihat dan tegap menjadi kurus kering tidak bermaya, terlantar diatas tilam tidak bermaya,terlantar di attas tilam tidak bergerak-gerak. Untuk menyambung hayatnyadia cuma menimum air susu sahaja. Selepas menderita selama beberapa bulan, saya dimaklumkan bahawa lelakiberkenaan kembali menghadap Ilahi.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya "Rasulullah tidak pernah mencela makanan apa saja sekalipun, sekali-kali tidak. Apabila baginda mengingini (menyukai) sesuatu makanan,dimakannya,dan apabila baginda tidak menyukainya dibiarkanya saja.�?�

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved