Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 19 years ago • 4,762 viewed


Cerita seram di bawah ini adalah sesuatu yang ingin dikongsikan bersama oleh si pengirimnya yang memperkenalkan diri sebagai Azam. Kalau nak saja-saja naikkan bulu roma tuu, ikutilah kisahnya...
Assalammu'alaikum! Kepada pembaca-pembaca yang budiman, kisah yang akan saya ceritakan ini bukanlah untuk menakut-nakutkan anda sekalian, tetapi hanyalah sebagai iktibar sahaja.
Saya berusia 19-an tahun, dan baru saja melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. Kisahnya begini, di hostel yang saya diami di universiti tersebut kononnya beberapa tahun dahulu telah didiami oleh pelajar-pelajar perempuan. Ketika itu di hostel tersebut terdapat 2 orang pelajar perempuan yang berkawan rapat. Biarlah saya namakan mereka sebagai Adila dan Sofea(Bukan nama sebenar).
Boleh dikatakan Sofea dan Adila ini selalu saja berdua-duaan untuk kemana-mana, hatta ke bilik air sekali pun! Ditakdirkan Tuhan, pada suatu malam Sofea telah mengajak kawan rapatnya iaitu Adila untuk ke bilik mandi. Kawannya itu pun tanpa banyak soal mengikut sajalah dengan senang lenang.
Ketika di bilik air, Adila seperti biasa menggosok giginya di sinki (aktiviti orang perempuan sebelum tidur). Manakala Sofea pula di dalam bilik air(shower) sedang mandi (biasa la, orang pompuan baru datang bulan). Dan telah menjadi kebiasaan kedua-dua mereka ini untuk 'bertandak' di bilik air setiap malam sebelum mereka tidur. Mereka mengambil peluang untuk mandi dan membersihkan diri, kerana pada waktu malam kurang pelajar ke bilik mandi.
Dijadikan cerita, semasa di bilik mandi ini Adila sangatlah hairan dengan tingkah laku kawannya iaitu Sofea yang sedang mandi di situ. Mana tidaknya, selalunya jika mereka di bilik mandi mereka akan berbual-bual tentang bermacam-macam perkara, dan yang paling becok sekali bercerita ialah kawannya itulah Sofea. Tetapi malam ini, si Adila mendapati kawannya Sofea itu tidak banyak bercakap seperti selalu. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya.
Sudah selesai Adila mengosok giginya, Tiba-tiba, berus gigi Adila telah jatuh ke bawah sinki secara tidak sengaja. Membongkoklah Adila untuk mengambil berus giginya di bawah sinki itu. Sewaktu sedang membongkok, Adila terpandang(cara tak sengaja) ke dalam bilik mandi tempat kawannya iaitu Sofea yang sedang mandi. Alangkah terkejutnya Adila pada masa itu, apabila mendapati bahawa tidak ada sepasang kaki pun di dalam bilik mandi itu, yang kedengaran hanyalah bunyi air pancuran yang menderu-deru memukul lantai bilik mandi tersebut. Dengan keadaan pintu bilik mandi yang hanya separas betis, memudahkan Adila memerhatikan dengan jelas bahawa tiada manusia yang mandi di dalam bilik pancuran itu ketika itu.
Oleh kerana terkejut, dan serba-salah, Adila dengan pantas berdiri semula dan bersuara dengan kuat, "Hei SOFEA!!!, KAU DAH SUDAH MANDI KE BELUM? AKU BALIK BILIK DULULAH YE?"
Serentak dengan itu, bunyi air pancuran tiba-tiba terhenti, dan keadaan menjadi senyap dan sunyi sekali! Tidak lama kemudian, muncul suara di dalam bilik pancuran, tempat kawannya Sofia mandi tadi, "... NAK BALIK KE... .. DAH TAU... ..?"kedengaran jelas suara serak garau dan luar biasa!
Dalam keadaan yang tidak terkawal itu, Adila berlari dengan pantas meninggalkan bilik mandi tersebut menuju ke biliknya! Semasa di biliknya, dalam keadaan terketar-ketar menarik selimut, dalam kepala Adila ligat memikirkan mengapa suara kawannya, Sofea itu boleh menjadi begitu garau! Dalam dia berfikir-fikir itu, terpandang dia akan katil kawannya Si Sofea, kelihatan sedang nyenyak tidur! Dengan siapa dia bercakap-cakap di bilik air tadi?!
Keesokan harinya Adila telah DEMAM selama hampir seminggu! Tidak seorang pun mengetahui akan kisah ini, kerana Adila takut untuk menceritakannya. Sehinggalah saya masuk ke universiti tersebut pada tahun ini, kisah ini diungkitkan kembali oleh salah seorang daripada pelajar senior.
Semasa saya mengarang cerita ini, saya sendiri berasa takut. Terngiang-ngiang di telinga saya, suara garau itu!
"NAK BALIK KE... . DAH TAU... ..?"
berderau jantungku mengingat nya... ..

Virtual Friends - Copyright © 2001-2021 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved