Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 7,922 viewed


Amalan zina harus dihentikan. Ingat, ia memberi kesan buruk pada psikologi, fizikal dan yang penting ialah keinsafan bahawa zina itu termasuk dalam amalan dosa-dosa besar.
Setiap orang Islam, mesti tunduk kepada hukumnya, tanpa mengira sama ada hukuman zina itu dilaksanakan ketika di dunia ataupun tidak.
Allah s.w.t. melarang (al-Isra':32) agar tidak menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan satu jalan yang buruk. Dalam surah al-Furqan: 68-70 dijelaskan bahawa orang yang berzina akan mendapat balasan dosanya, azabnya akan dilipatgandakan pada hari kiamat dan akan kekal dalam azab, dalam keadaan hina.
Hukuman mereka yang berzina, lelaki dan perempuan ialah seratus kali sebatan, tanpa belas kepada kedua-duanya yang boleh menyebabkan terhalang daripada melaksanakan hukuman Allah (an-nur:21).
Inilah balasan zina bagi mereka yang belum berkahwin. Andainya mereka telah berkahwin, biarpun sekali, balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya.
Demikianlah hukuman Allah terhadap penzina. Biarpun pelaksanaannya di dunia tidak dilaksanakan oleh kebanyakan negara, tetapi itulah hukuman Allah. Andainya hukuman itu tidak terlaksana di dunia, dan mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat, tempatnya di neraka.
Dalam rukun iman dijelaskan tentang adanya balasan baik dan buruk di akhirat. Setiap orang Islam mesti percaya tentang adanya balasan ini. Mereka yang beriman tidak akan melakukan dosa-dosa seumpama ini kerana takutkan balasan Allah. Orang yang tahu dan faham tentang balasan ini, tahu adanya tetapi masih tetap melakukan dosa yang berkaitan, mereka tidak ubah seperti orang yang tidak mempercayainya.
Ata' bin Yasar, seorang tabiin juga ahli fikah yang terkenal dalam menafsirkan tentang neraka jahanam, menyatakan bahawa bagi neraka jahanam itu ada tujuh pintu. Pintu-pintu yang paling gelap, panas, penuh penderitaan dan menjijikkan lagi meloyakan baunya ialah pintu bagi mereka yang melakukan zina pada hal orang yang terlibat itu tahu bahawa zina itu haram.
Menurut Abu Abdullah asy-Syami, riwayat daripada Nabi s.a.w dalam sebuah hadis mursal, seperti yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat dinyatakan bahawa penghuni neraka mendapati bau yang menjijikkan. Mereka berkata, kami tidak mendapati bau yang lebih busuk menjijikkan daripada bau ini. Dikatakan bahawa bau tersebut adalah dari bau kemaluan zina.
Menurut Ibn Zaid, iaitu Abdul Rahman bin Zaid, seorang ahli fikah, ahli hadis dan ahli tafsir bahawa penghuni neraka diseksa dengan bau busuk dan menjijikkan kemaluan (faraj) zina.
Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri daripada zina. Ada enam perkara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan zina, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Di dunia ialah hilangnya keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa fakir, manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan azab neraka dan hisab buruk.
Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa yang lebih besar selepas dosa menyengutukan Allah, daripada dosa setitik air mani yang diletakkan oleh seorang lelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya.
Sebahagian besar mereka yang melakukan zina tahu tentang pengharaman dan balasannya. Tetapi, kerana nafsu, mereka seumpama tidak memahaminya, dan merempuh terus-menerus larangan ini, tidak takut pada balasan, apatah lagi kerana syurga atau neraka tidak pernah dapat dilihat dengan mata kepala ketika hidup. Itulah yang dinamakan iman.
Demikianlah balasan yang akan diterima oleh mereka yang terlibat dengan zina. Mereka yang beriman kepada Allah tidak melakukannya, dan mereka yang telah melakukannya akan memberhentikannya. Azabnya begitu mengerikan. Seringan-ringan balasan neraka itu, ialah andainya batu neraka itu diletakkan di tapak kaki, nescaya menggelegaklah otak orang yang diseksa tadi.
Walaupun demikian, andainya seseorang itu bertaubat, beriman kepada Allah dan mengerjakan amalan soleh kejahatan mereka itu akan diganti oleh Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kerana itu atas alasan ini jalan yang saudari mesti lakukan ialah bertaubat.
Langkah kedua ialah berkahwin. Masalah sedang belajar memang penghalang, tetapi bagi orang yang tidak dapat menahan nafsunya, orang yang takut terlibat dengan zina, yang berzina setiap kali bertemu, menurut hukum fikah, bernikah itu wajib hukumnya. Wajib bererti dosa kalau tidak melakukannya.
Apa akan berlaku kalau ditakdirkan seeorang itu menemui ajalnya dalam keadaan dosa zina, mengandung melahirkan anak haram ataupun si lelaki hilang, melarikan diri setelah puas. Walaupun demikian jangan kahwin sembunyi. Sama ada di sempadan, ataupun di mana-mana tempat yang dikahwinkan oleh orang-orang tertentu tanpa saluran sah. Terlalu banyak pengalaman mengajar bagaimana perempuan yang telibat dengan perkahwinan seperti ini akhirnya terseksa menjadi mangsa. Ditinggalkan begitu sahaja. Perlu sedar dan insaf, bahawa ketika dibuai nafsu, manusia sering tidak berupaya berfikir menggunakan akal, lalu akhirnya musnah.
Memang Islam menyuruh seseorang itu berkahwin dengan pasangan yang kufu, yang dara dan segala pilihan keutamaan.
Pemburu yang cerdik akal tetapi malas tidak akan berdoa untuk keselamatan diri tetapi akan terus duduk di rumah. Sebaliknya pemburu yang pendek akal akan berdoa. Lepas berdoa keluar rumah lalu di hadapan singa tadi. Saudari sekurang-kurangnya perlu menjadi pemburu yang cerdik akal biarpun malas. Paling baik ialah menjadi pemburu yang cerdik akal dan yakin terhadap kuasa Allah membolehkannya berdoa.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved