Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 20 years ago • 3,771 viewed


Pertama-tama kali aku jumpa dia. She's have a good character, nice person, bertimbang-rasa, give and take dan amat mengambil berat tentang aku.

Segala-galanya bermula bila aku pergi ke Jabatan Kewangan untuk mengambil cek ibu angkat aku. Dan somehow aku terjumpalah dia. Nama dia Ayu. Memang orangnya Ayu, sweet,tak sombong, peramah dan nampak macam seseorang yang baik hati. Tapi pada masa tu aku tak terasa apa-apa sikit pun. Maklumlah, saham aku kat situ pun antara sepuluh kaunter paling cergas.

Dipendekkan cerita kami pun mencari-carilah cek tu. Tak jumpa. Last-last dia masuk ke dalam office dan bawa bersama buku penerimaan cek. Alangkah terkejutnya aku bila aku tengok signature aku sendiri pada nama ibu angkat aku. Maknanya aku sendirilah yang dah ambik cek tu. Ceh, boleh terlupa pula sebab cek tu pun dah 2 bulan tapi surat peringatan tu sampai semalam. Maka terjadilah perkenalan yang tak diduga antara kami. Sambil-sambil tu rupanya cinta pun mula berputik.

Sesampainya aku di office aku terus capai telefon dan call contact aku kat sana. Kak Su sudi tolong aku. Tapi dengan syarat aku kena belanja dia makan. Ok, tapi bukannya tolong apa, just kirim salam aje. Biaselah..

Pada keesokan harinya, aku macam biasa. Takde apa-apa yang special sangat. Cuma aku teringat peristiwa lucu semalam. Ntahlah, mungkin ditakdirkan aku berjumpa dengan dia kat situ dengan cara yang begitu. Agak janggal juga sebab aku sememangnya tak gemar pergi ke situ. Apatah lagi ambil cek, leceh. Tapi semalam segala-galanya berubah. Aku macam dapat merasa perubahan mendadak pada diri aku. Aku bertambah smart dan mula mengawal perilaku aku. Semuanya ok. Perfect, dah ramai yang cuba ubah aku... ..jadi elok sikit. Tapi aku masih macam tu juga. Ntahlah, agaknya belum sampai seru kot. Dari rambut panjang aku potong sikit, semata-mata kerana nak nampak smart.He... he... he

Hari kedua segala-galanya berjalan dengan lancar. Sempat aku kesana sekali lagi, aku ngan dia dah plan nak jumpa, tapi konon-konon nak ambil ceklah..(he... he... )tapi lain tujuan lain perbuatan. Sebelum aku blah dia sempat panggil nama aku. Bila aku toleh, good luck... ... itulah perkataan yang keluar dari mulut dia. ohh... rupa-rupanya malam nie aku kena buat presentation kat kelas. Baru aku ingat... aku senyum je lepas tu terus hayun langkah beredar dari situ.

uang masa aku pun call dia dan ajak keluar. Tak sangka pulak dia setuju. So, happy lah aku. Sesampainya kat tempat yang dijanjikan, aku terasa sesuatu. Aku pun tak pasti rasa apa. Tapi dia sesuatu yang best. Dari A-Z aku bercerita dengan dia macam-macam, tentang aku, dia dan lain-lain. Biasalah, aku memang macam tu, suka ceriakan orang. Dan semasa kami nak berpisah aku boleh nampak yang dia mula suka kat aku. Maybe my own feeling kot. Ntahlah...

Hari ketiga... ... ... hari tragedi... (acah aje) aku jumpa dia sekali lagi. Tapi dalam suasana yang lebih intim. Kemesraan kami bertambah, aku dapat rasakan ada sesuatu dalam diri aku. Cinta. So aku pun teruskan macam biasa. Takut kang cinta tak berbalas pulak. Kebetulan pulak hari tu kitorang pakai baju sama color. Warna biru. Aku suka warna tu. Sedikit sebanyak jiwa aku pun berubah... macam lagu Nafisa...

Nafisa

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku sepanjang hari
Sepanjang malam... ... .
Dibenakku kau sentiasa lalu menukar jiwa jadi sentimental
Hati lelaki ini... ... ... .


Terkadang perjalanan jauh yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah jurang yang ngeri aku harungi
Biarkan dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

So diringkaskan cerita maka terjalinlah hubungan cinta antara dua
orang insan. 1 Mei tarikh bersejarah... ..aku masih ingat tarikh itu. Saat pertama aku kenal cinta yang sebenar-benarnya. Mungkin ini sukar dipercayai, tapi itulah hakikatnya... ..aku sudah berubah. Segala-galanya aku ubah. Just to be perfect. Memang takde orang yang perfect tapi kita harus lakukan apa yang termampu. Itulah pendapat aku pada masa itu.

Daripada seorang yang ceria, peramah, aktif, happy go-lucky aku jadi sebaliknya. Aku banyak menyendiri, melayan fikiran. Kini aku hidup dalam alam fantasi. Dan aku benar-benar telah berubah... .ibarat pantai dan lautan, aku benar-benar yakin yang aku adalah yang terbaik. Sebab aku telah lakukan yang terbaik. Semua ciri-ciri yang baik aku gabungkan dan serah pada Ayu. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat cinta, kasih dan sayang aku hanya pada Ayu. Segala-galanya aku serahkan, tapi di dalam hati ini tersembunyi sebuah ketakutan, aku tak pasti tapi itulah aku rasakan setiap hari menjelang... .Tapi perasaan tu aku lemparkan jauh-jauh... .Semata-mata kerana aku cintakan Ayu.

Hubungan aku dengan family dia pun ok. Berjalan dengan lancar. Dan aku tak pernah bermimpi akan berjumpa dengan ibu dia dalam masa terdekat. So, agak rasa macam-macam, happy ada, takut ada, gabra ada... .semua ada. Ntah la... .Aku cuma senyum aje sepanjang pertemuan. Yelah itu aje yang aku mampu lakukan. Lagipun aku jenis yang hormat orang tua. Sikit-sikit senyum, sikit-sikit senyum tu jelah kerja aku. Masa Ayu pergi toilet, sempat juga ibu dia pesan kat aku. Aku faham dari apa yang dia cakap dia nak seseorang yang boleh beri kasih-sayang pada Ayu. Dia tak pandang keduniaan semata-mata. Alangkah gembiranya hati aku masa tu. Tuhan jelah yang tahu.

Hari-hari mendatang semakin lama aku semakin sayang pada Ayu. Biasalah kalau jelous tu bagi orang bercinta tapi taklah sampai tahap kritikal. Kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dan semakin lama semakin dalam sayang aku pada dia. Dan aku dah bertekad walau apapun yang berlaku, aku tetap akan terima dia seadanya. Aku tak boleh buat apa-apa selain daripada beri dia yang terbaik dan mengharapkan dia pun macam tu juga. Love story Aku & Ayu berbunyi macam ni... .

Cahaya Hati

Dunia seakan berganti
Menyambut hadirku di sini
Nyanyian ombak bersaksikan
Percintaan kita berdua

Biar hujan turun membasahi diri
Tetap saja diriku milikmu
Biar ribut merebah aku ke bumi
Cintaku hanya satu untukmu

Kau kekasih kau yang kurindui
Hanya dikau cahaya di hati
Kau kekasih kau yang kusayangi
Cinta kita abadi selamanya

Dengar... sayang
Bisik cintaku hanya padamu

Desiran angin telah mengerti
Ke mana rinduku kan pergi
Demi kerana cinta ini
Yang kian semarak menyala-nyala

Bawakanlah rinduku kepadanya
Biar wajahku di hatinya
Bawakanlah cintaku kepadanya
Katakan cinta kita 'kan abadi

Ohh... hanya kau kekasihku
Cintaku hanyalah untukmu selamanya

Segala-galanya untukmu Ayu. So macam tulah lebih kurang bunyinya cinta kitorang masa tu. Peh memang aku dah tersangkut gila kat dia. Aku masih ingat kalau time hari minggu je every 30 minit mesti call aku. Ada sekali tu aku tengah makan tapi kerana Ayu yang call aku tinggalkan, cuci tangan dan terus layan dia semata-mata kerana dia boring, nak bercakap dengan aku... ... ... .begitulah seterusnya. Cinta kitorang ibarat tak boleh terputus. Semua halangan boleh di atasi, laut mampu direnangi, curam mampu di daki... ..

So, dunia ni pun aku rasa aku yang punya. Yelah cinta sejati beb, mau tak syok... lagipun selama ni aku yak pernah serius. Kawan pun main-main je... tak penah betul-betul. Tapi kali ni lain sikit. Ntahlah... ..

Tragedi... .

2 bulan kami bercinta tiba-tiba dikejutkan dengan trajedi. Segala-galanya berubah dengan sekelip mata. Dunia yang menjanjikan seribu harapan buat aku tiba-tiba gelap gelita. Nyawa aku seakan-akan hampir tercabut dari badan. Tanpa sebarang alasan yang kukuh, Ayu minta berpisah... ... aku menangis... ... ... .kerana dia aku menangis...

Ranjang Mawar

Kerana dia aku menangis
Tanggalkan sisa kewarasan
Rela melepaskan kemudi di tangan
Di kala ribut gelora
Datang mendera samudera

Kerana dia aku menangis
Padamkan gaya dan perasaan
Sanggup memutuskan pertalian diri
Kepada selain dia yang kudamba

Ku tenggelam dalam rindu
Tidak berdasar dan bertepi
Ku terdampar dalam sendu
Tidak bernoktah dan berhuruf

Ku terkorban dalam cinta
Tak beralasan dari lembar
Satu lagi tak menjanjikan
Ranjang mawar yang ku mimpi

Ku mimpikan yang ku mimpi

Kini segala-galanya tinggal kenangan semata... ..segala-galanya telah berubah. Pengorbanan, penghormatan, kejujuran tiada berguna lagi. Hati aku punah dalam percintaan. Detik demi detik amat menyeksakan. Apalah ertinya hidup ini. Segala-galanya berubah dari mimpi indah seorang lelaki yang benar-benar ikhlas bertukar menjadi mimpi ngeri. Kusangkakan panas hingga ke petang... ... .rupanya hujan di tengah hari.

Walau apapun hidup mesti diteruskan. Kegagalan adalah rujukan terpenting ke arah sebuah kejayaan. Prinsip diri mengatasi segalanya. Kepada Tuhan aku panjatkan doa agar diberi petunjuk dan diberi ketenangan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku yang selama ini lalai terhadap ukhrawi. Alam yang akan kekal ... .untuk selamanya.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved