Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 manchu_bros • 11 years ago • 3,151 viewed


Kisah Rumahtangga

Main games- computer games, video games, play station dll apa

berbezaannya Nama saja yang lain, tapi hakikatnya serupa - ianya tetap

satu permainan yang melalaikan hingga boleh memporakperandakan rumahtangga,

keluarga bahagia dll.

Saya ada terbaca kiriman seorang netters (tak ingat pulak namanya, maaf

ye!), yang mengatakan 'alangkah seronoknya suaminya bermain games'. Sehabis

saya baca posting tu, saya tersenyum, nak menangis pun ada, tak dapat nak

digambarkan macamana rupanya perasaan saya, alangkah bertuahnya anda..

punya

suami yang suka main games tapi rajin mengambil hati seorang isteri.

Apa yang saya nak sampaikan ni satu kisah benar yang dialami oleh salah

kenalan saya.

Moga sesiapa yang suami/isteri yang gemar menjadikan games atau yang

sewaktu

dengannya ni satu habit, sila-sila lah baca hingga habis posting saya ni.

Sebelum tu, suka saya ingatkan - 90% punca keruntuhan rumahtangga/institusi

kekeluarga adalah tidak menunaikan solat.

Biar saya namakan si isteri - lili dan si suami tercintanya - amri.

Lili dan Amri berkahwin dah 7 tahun dan ada seorang anak lelaki berusia 4

tahun. Kisah derita ni bermula sejak dari hari pertama diakad nikah oleh

tok kadi. Lili meluahkan kepada saya setelah lili menanggung derita selama

5 tahun. Selama ni lili menyimpan derita dengan harapan moga satu hari

suami tercintanya amri akan berubah. Tapi setelah sekian lama, lili dah tak

sanggup lagi nak tanggung seorang akhirnya lili mencari saya meluahkan

segala pekung.

Benar kata orang, dikala bercinta, kentut pun baunya wangi. Segala yang

buruk semuanya terselindung disebalik cinta yang membara. Perkahwinan yang

tanpa restu sepenuhnya dari ibubapa menyebabkan lili tak memberitahu

langsung pada keluarga tentang penderitaannya. Lili malu. Lili malu kerana

telah tersalah memilih suami sedangkan dulu, berjuraian air mata ibu dan

bapanya menemui kadi nak menikahkan mereka berdua.

Lili mengakui, semasa hari perkahwinannya, ketika akad dilakukan, lili

terasa sesuatu didalam hati, gerak hati lili memaksa lili membatalkan

perkahwinannya tapi kerana malu, kadi dah datang, maka perkahwinan pun

diteruskan. Selepas saja sah akadnya, selesai majlis kenduri, malam itu

juga, lili mengikut suami pulang ke rumah mertua.

Rupa-rupanya lili dah termasuk dalam mulut naga. Yang sentiasa

menghembuskan api. Amri seorang games/judi addict, tak solat dll. Semuanya

bermula dari playstation yang dipasang diTV di rumah, tak cukup playstation

yang dipasang diTV, amri lebih suka bermain games di pusat video games,

malah bukan games yang untuk happy tapi yang lebih menjurus kepada judi,

games kuda dll (lebih mencabar katanya). Keluarga amri pula merupakan

keluarga yang sangat 'indah' budibahasanya. Keindahan bahasa yang tak

terucap dek orang-orang yang beriman. Perempuan sial, sundal, celaka dah

menjadi darah daging. Malam pertama lili yang sepatutnya indah, hampir

diberikan 'penampar' oleh abang ipar semata-mata kerana lili enggan kerumah

jiran tetangga dimalam hari (pengantin menunjukkan muka).

Seminggu selepas berkahwin, amri berhenti kerja kononnya nak cari kerja

lain. Bermula satu episod yang mana lili terpaksa menanggung amri selama

bertahun, sekejap kerja, lamanya tak kerja. Duit gaji lili habis digunakan

untuk 'main games'. Keluarga mertua hanya tahu memaki hamun lili sedangkan

si anak yang tak bekerja.

Lili cuba mengambil hati, pelbagai cara, termasuk melaburkan sejumlah wang

pada keluarga mertua, tapi tak berhasil. Duit mahu, lili mereka tak mahu.

Habis barang kemas lili dicuri kakak ipar, baju-baju lili yang

cantik-cantik. Malah lili yang mengeluarkan sejumlah wang menampung kos

perubatan aruah bapa mertua yang sakit. Itupun tak dikenang, masih juga

dimaki hamun. amri masih tak berubah. Kerja tak mahu, tapi main games nak,

dah tentu duit lili yang dia kebas.

2 tahun berada di rumah mertua, lili dan amri mengambil keputusan

berpindah.

Ingatkan masalah akan selesai, tapi semakin buruk. Lili tinggal di Homes,

kerja

di Plaza Damansara ketika itu. amri tak kerja. Lili

masih cuba bersabar. Lili akhirnya mengandung. Ingatkan bila lili

mengandung, amri akan berubah. Nampak macam berubah, tapi tidak. Masih

ingat lagi, di saat lili sarat mengandung (7 bulan) lili cuba call amri,

tapi tak dapat. Tunggu amri datang ambilnya tempat kerja, sehingga ke 9

mlm, amri masih tak timbul-timbul. Lili terpaksa mencari alternative lain,

naik bas. Bayangkan 5 tahun yang lalu, bas untuk ke Country Homes, Rawang

sangatlah susah.

Selepas anak dilahir, dalam pantang, amri curi duit anak (yang orang

sedekah) pergi main games lagi. Kadang-kadang tak balik rumah berhari-hari

tidur kat luar kedai video games. Lili minta bantu kawan tolong carikan

amri, jumpa amri kat dalam kedai games dengan mata merah menyala (tak

tidur)

main games. Lili ingat lagi, bagaimana, anaknya didera babysitter

semata-mata kerana lili pulang lewat ke rumah kerana bekerja. Jarak tempat

tinggal dan tempat bekerja dah lah jauh, ada suami tak boleh harap nak

ambil

lili dari tempat kerja. Ada keluarga mertua hanya tahu memaki hamun lili

bukan memaki hamun amri.

Tahun ke 5, lili dah fed-up. Lili mengadu pada keluarga sendiri. amri kena

marah, dan diberi peringatan oleh bapa lili supaya amri berubah. Untuk

tahun ke 5 perkahwinan mereka, setelah dibrainwash oleh ibubapa lili, amri

nampak berubah. Amri mengajak lili berpindah balik ke rumah mertua. Dengan

alasan, mertua mahu mereka tinggal bersama, kebetulan ayah mertua dah

meninggal. Lili bersetuju (hati perempuan kan, lembut gitu..).

lili dan amri nampak bahagia, dah mampu beli kereta. Ingatkan mereka dah

insaf dengan apa yang berlaku, rupa-rupanya tak jugak. Lagi sekali lili

hangus kena hembusan keluarga si naga. Walaubagaimanapun, amri dah pun

bekerja tetap. Kononnya tak main games lagi. Untuk ulangtahun ke 5/6

anniversary, nampak la perubahan pada amri.

Tapi langit tak sentiasanya cerah. Tahun ke 7, tahun ni, lili berantak lagi

dengan amri. Lili jumpa amri di kedai games lagi. Padanlah selalu tak ada

duit. Dan kali ni dah tiada maaf lagi untuk amri.

Kenapa tiada maaf?. One day, amri beritahu lili, dia nak pakai kereta sebab

dapat cuti 2 hari. Lili dah rasa lain, sebab lili kenal bos amri. Bos amri

susah bagi cuti on the spot. Selalunya kena apply at least 2 minggu. Lili

call office amri, tanya, then bos amri memberitahu 'amri baru semalam

diberi

notis berhenti kerja kerana mencuri duit company'. Katanya lagi 'kami dah

bagi amri banyak peluang tapi dia tak mahu ambil peluang tu, kami tak boleh

simpan lagi pekerja macam ni, samada berhenti atau tindakan akan diambil'.

Tersentak jantung lili mendengar berita tu. Balik rumah, lili bergaduh

dengan amri. Entah macamana kakak ipar masuk campur dan menghalau lili

keluar dari tanah keluarga mereka. Malah cacian 'perempuan sial, sundal,

celaka' sekali lagi dilemparkan. Hati siapa yang pedih. Dah lah penat

mencari rezeki untuk anak dan suami, tiba masa suami mengambil kesempatan

seperti ini, keluarga mertua pun buta hati, dihalau lagi.

Lili benar-benar kecewa. Dan kini, lili hanya menunggu masa menentukan apa

yang akan terjadi pada rumahtangga mereka. lili benar-benar tak dapat

memaafkan amri. Bagi lili, 7 tahun itu dah cukup lama untuk amri dan

keluarga mertua sedar siapa sebenarnya yang salah. Lili dah berkorban apa

saja demi menyelamatkan rumahtangga, mengambil hati keluarga mertua tapi

hampa.

Saya sebagai pendengar setia pada lili cuba beri lili moral support

moga-moga lili akan cuba bertahan lagi.

Tapi lili berkata begini "sekarang, cuba kau bayangkan jika kau ditempat

aku, apa yang kau rasa?, aku tahu kau tak dapat rasa apa-apa kerana suami

kau tak buat kau macam tu, suami kau beri nafkah, sama-sama susah senang,

tak berjudi/main game, tak melepak kat kedai mamak macam orang bujang,

habis

kerja, cari kau dan anak-anak baru cari kawan, tak curi duit anak-anak kau,

tak curi duit kau, sedangkan aku.. suami aku tak macam suami kau, mertua

kau

tak macam mertua aku. Ipar duai kau tak macam ipar duai aku. Selama mana

lagi untuk aku bersabar. Sabar sampai aku dah boleh bernafas lagi. Aku dah

muak, bosan, sakit hati dengar maki hamun orang. Aku yang bersusah payah,

menanggung biawak hidup, menanggung anak lagi, aku juga yang dimaki hamun.

Aku cuba bersabar, sabar, sabar, sabar, tapi aku dah tak boleh bersabar

lagi, sabar yang macam mana lagi. Amri tak mahu pindah langsung dari rumah

mak dia, aku dah bosan. Bosan merayu pada lelaki yang tak tak ada akal ni".

"Macamana aku hati aku nak bahagia, kau balik kerja tentu kau tak

sabar-sabar nak jumpa suami kau, anak-anak kau, sedangkan aku, kalau boleh

aku lebih rela tidur kat office ni dari balik ke rumah, aku balik rumah pun

hanya kerana anak aku."

"aku pernah beritahu kau, dulu masa tangan amri digengam kadi (untuk

lafazkan akad), jauh disudut hati aku, aku nak menjerit sekuat hati aku,

aku

tak mahu berkahwin dengan lelaki ni, nak aku menanggalkan baju pengantin,

nak aku berlari pada bapa aku, nak beritahu, yang aku tak mahu lelaki ni

jadi suami aku, tapi kerana malu, kerana majlis dah bermula, kerana tangan

dah diangkat, aku padamkan niat aku tu. Kalaulah aku teruskan niat aku pada

masa tu, 7 tahun yang lalu, pasti hidup aku tak begini".

Itulah kata-kata lili yang terngiang-ngiang ditelinga saya. Masih banyak

lagi, kisah yang menyayat hati, tapi cukuplah yang ini saja dapat saya

coretkan. Kata-kata lili tu juga menyebabkan saya menutup mulut dari terus

menyuruhnya bersabar. Saya jadi takut, sedih, pilu dengan derita lili.

Kenapa hobi yang asalnya suka-suka, dah menjadi onak yang berbisa.

Lili yang saya kenal dulu dan yang saya kenal sekarang, sangat berbeza.

Lili yang dulu peramah, lembut, suka bergurau, ceria, manja tapi kini dah

tak ada langsung sifat-sifat tu.

Saya hanya tahu bercakap, menasihati tapi saya tak berada langsung di

situasi lili. Adilkah saya jika saya terus-terusan memaksa lili terus

bersabar lagi.

Moga-moga lili dan amri diberikan hidayah oleh Allah S.W.T. Moga diberikan

petunjuk ke jalan yang benar. Antara lili dan amri, ada sesuatu yang tidak

ada dalam rumahtangga mereka, iaitu - 'hidayah'.

Jadi, apa pun hobi anda, tolong, tolonglah, jangan jadikan ianya habit yang

meruntuhkan kebahagian diri sendiri, orang-orang yang menyayangi kita, dan

orang-orang yang kita sayangi.

Akhir kata, tunaikanlah solat. Solat itu merupakan tiang agama. Bayangkan

sebuah rumah tanpa tiang, dapatkah rumah tu berdiri teguh?

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved