Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 12,398 viewed


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mrs G aje (ID office), thanx.

Sedikit cerita benar yang diceritakan sendiri oleh orang yang mengalaminya kepada hubby akak. Paparan ini sebenarnya untuk memperingatkan diri akak sendiri selain berkongsi dengan pembaca yang mungkin boleh mengambil iktibar daripadanya. Semoga bermenafaat kepada semua.

Sahabat hubby akak ni kerjanya pun involve dengan jualbeli kereta (seperti hubby) cuma dia dari company yang berlainan dan dia juga sekarang ni dah jadi somebody di company tersebut . So, sekali sekala bila berjumpa hubby, beliau akan memberi nasihat/tips tentang kerjaya salesman ni since dia dah lama dalam bidang ni dan sekarang nipun kiranya dah berjaya dah pun (dah jadi millionaire yg beriman serta pemurah !). Bagi seorang
salesman, bila client nak jumpa tu, kebiasaannya salesman akan ikut waktu yg dah ditetapkan oleh client (nak jual barang kenalah ambil hati pelanggan!).

So, dia pun menasihati hubby agar sentiasa cuba untuk bersembahyang berjemaah di awal waktu eventhough ada appointment dengan client (kalau boleh adjust the time lagi baik supaya bila azan saja dah boleh bersiap untuk sembahyang berjemaah) kerana bagi seorang lelaki itu, since tanggungjawabnya begitu berat (pemimpin keluarga, pencari
rezki), maka mereka amat memerlukan pemangkin/ubat bagi memberi kekuatan serta daya tahan untuk menghadapi hidup yang sukar ini.

Makna laungan azan itu sendiri, kalau kita perhati makna2nya di dua ayat berikut:

Hayya 'alas-salah
Marilah mendirikan solat

Hayya 'ala-l-falah
Marilah menuju kemenangan/kejayaan

So, perkataan 'Marilah Mendirikan Solat' disebut dulu sebelum
'Marilah Menuju Kemenangan/Kejayaan'. Jadi, kalau tak solat,
macamana kita nak harapkan sebuah kejayaan? Dan bagi seorang lelaki juga diseru agar bersembahyang berjemaah di awal waktu (kalau yg bekerja di office, still boleh ajak member2 lain berjemaah di awal waktu sekurang2nya pada solat zohor since masa tu masih di dalam lunch hour). Bukan sahaja fadhilatnya 27 kali ganda lebih daripada sembahyang berseorangan, tetapi ianya juga melambangkan akan
kekuatan umat Islam (bermuafakat, berjemaah, berganding bahu).

Sahabat ni pun berceritalah lagi; ada sekali tu, ada seorang
tokey ni nak beli kenderaan yg kesemuanya bernilai RM5,000,000.
Dan dia disuruh datang ke office tokey ni pada pukul 1.30 tghr
untuk menandatangani beberapa dokumen serta mengambil cek untuk booking. So, dia pun beritahulah kat secretary tokey tu
(conversation ni kiranya diceritakan secara lebih kurang
- kalau kurang tepat, maaf ye. Harap faham/maklum):

sahabat - boleh tukar time ke pukul 12.00 atau 2.30 tak?
secretary - pukul 12.00 boss belum habis main golf, pukul 2.30
dia tak senanglah!
sahabat - pukul 1.30 saya tak boleh make it lah! You tolong
bagitahu your boss, pukul 1.30 saya ada sembahyang
dekat masjid. Kalau boleh mintak tolong dia tukar
ke waktu lain. Tolong beritau dia ye!
secretary - OK, saya trylah!

Dia berbuat begitu kerana tak mahu terlepas sembahyang zohor
berjemaah di surau/masjid (kat belakang showroom dia pun ada
surau/masjid) yang telah diamalkan sejak lama untuk sembahyang 5 waktu sehari semalam.

So, tiba2 secretary tokey tu call dia dan memberitahu bahawa
dia (secretary) akan datang ke office sahabat ni untuk menghantar dokumen2 yg telah disigned serta membawa bersama cheque berkenaan. (Untuk pengetahuan netters, sefaham akak, ada juga clients yg banyak songeh yang akan mengugut/threaten bahawa jika salesman tak dapat datang pada waktu yang diminta, mereka akan beli dari salesman lain yang boleh adjust masa untuk mereka!). So, dalam kes sahabat ni, dia tetap dengan pendiriannya mahu solat berjemaah selagi terdaya! Alhamdulillah, jika kita ikhlas serta meletakkan agama itu di tempat yang tertinggi, InsyaAllah Allah akan permudahkan segala2nya untuk kita. Terbukak pulak hati tokey tu nak suruh orang hantarkan those docs/cheque instead of berkeras jugak dengan waktu pilihannya.

Actually kan, akak tulis posting ni atas suggestion hubby. Masa
tu akak tengah type ulasan buku EI, so, dia yg jarang sangat baca posting akak ni pun jenguk2lah kat PC - tumpang sekaki. Then, dia ceritalah kisah kawan dia ni dan berpesan - 'bolehlah tulis kisah benar ni. Memang betul2 terjadi. Maybe boleh dijadikan
tauladan/iktibar kat kawan2 awak kat Relexjap tu'.

Sembahyang berjemaah di awal waktu ni pun perlu diamalkan juga oleh golongan wanita, cuma ianya taklah diberatkan seperti yg ditekankan ke atas golongan lelaki. Lelaki ialah pemimpin
(paling tidak pun pemimpin ke atas isteri dan anak2). Mereka
punya tanggungjawab yang amat besar serta payah. Anak isteri
perlu dibimbing, diberi nafkah, dan sebagainya. Maka, mereka
perlu memperkuatkan diri (rohani) dengan beristiqamah dengan
sembahyang berjemaah di awal waktu ini. Ianya seolah2 seperti
ubat/supplements untuk menguatkan rohani dan jasmani demi
menjalankan tnggungjawab serta menghadapi hidup yang sukar ini.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermenafaat buat anda!

Sekian, wassalamualaikum.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved