Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 10,881 viewed


Sejak kebelakangan ini, keruntuhan moral dan sosial remaja dan pelajar merupakan isu yang sering diperkatakan. Keruntuhan moral dan sosian dapat didefinisikan sebagai individu yang tidak mempunyai displin yang baik. Mereka yang terlibat dalam masalah ini biasanya mempunyai perangai yang buruk, tidak sopan dan sering melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat, seperti menagih dadah, mengamal amalan lepak, bohsia, bohjan, merompak, merogol, memukul guru sekolah dan sebagainya. Masalah keruntuhan moral dan sosial remaja dan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga, individu itu sendiri, media massa dan sebagainya. Masyarakat Malaysia harus memandang masalah ini dengan serius kerana ia berhubung kait dengan penyediaan sumber tenaga kerja dan manusia pada masa akan datang yang dapat merealisasikan wawasan 2020. Oleh itu, langkah-langkah yang wujur harus diambil.

Langkah-langkah yang dapat mengatasi masalah ini harus bermula daripada remaja dan pelajar sekarang. Remaja dan pelajar sekarang mesti mempunyai kesedaran. Meraka yang melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang baik seperti mengedar dadah, menolong ahli kongsi gelap, membunuh orang dan sebagainya. Lazimnya mereka telah diperdaya oleh orang dewasa yang jahat. Para remaja patut dapat membezakan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat, jangan sekali-kali melakukan aktiviti ini kerana untuk memperoleh wang yang lebih banyak. Selain itu, remaja sekarang juga mudah dipengaruh oleh rakan sebaya mereka. Rakan sebaya meraka yang berperangai jahat, melakukan aktivit-aktiviti yang kurang sihat, kita jangan mengikut mereka, walaupun mereka menganggap perbuatan itu sungguh bergaya.

Di samping itu, ibubapa sekarang yang sibuk dengan dunia persaingan mereka perlu meluangkan sedikit masa untuk mendidik anak-anak mereka. Melalui pendidikan keluarga, remaja akan menjadi lebih matang dan dapat berfikir dengan positif. Ibubapa juga patut mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka, supaya anak-anak mereka tidak merasa bosan dan benci semasa berada di rumah. Selain itu, ibubapa juga perlu lebih bertanggungjawab, mereka perlu memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak mereka. Sehingga hari ini, Pendidikan SEKS sudah menjadi pendidikan yang penting. Ibubapa jangan berasa malu sehingga mereka tidak ingin mendidik anak-anak mereka apabila anak-anak mereka mencapai umur baligh.

Pihak sekolah juga harus menekankan lagi disiplin di kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Sekolah boleh mengurangkan masa terluang para remaja dengan mewajibkan para penuntut menyertai kelas tambahan. Pihak sekolah juga perlu memerhatikan tindak-tanduk para pelajar, jika mereka didapati sedang melakukan kegiatan yang kurang sihat, berikan nasihat atau menghukum mereka secepat mungkin. Kaunseling juga perlu diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah peribadi.

Selain itu, pihak kerajaan melalui saluran tertentu perlu mengerakkan tayangan filem kurang sihat, menghalang buku-buku ataupun pita-pita yang kurang baik seperti, filem yang selalu menayangkan cara hidup barat ataupun filen dan buku yang mengandungi unsur seks, agama dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua pihak adalah bertanggungjawab dan perlu bekerjasama untuk mangatasi masalah keruntuhan moral dan sosial di kalangan remaja dan pelajar. Saya berharap malalui langkah-langkah di atas dapat membendung masalah tersebut supaya tidak terus menghantui jiwa para remaja kita. Ingatlah bahawa "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved