Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 2,100 viewed


Yogurt yg ada di pasaran biasanya adalah 'nonfat plain yogurt' dan 'lowfat
plain yogurt'. Dlm 'lowfat plain yogurt' terdpt lebih kurang 2 peratus
lemak dgn tambahan pejal susu tanpa lemak bg meningkatkan kandungan
protein. Kebanyakan ibubapa & kita sendiri biasanya akan memilih yogurt
utk dimakan & diberikan kpd anak2 sbb ianya mengandungi lemak yg rendah &
protein yg tinggi. Kita semua amat takut terhadap makanan yg tinggi
lemaknya.

Sekiranya kanak2 mengambil yogurt ini sbg gantian sarapan utama, ini akan
menimbulkan masalah kekurangan vitamin A, D, E dan K. Vitamin2 ini penting
utk menstabilkan pengawalan yg baik terhadap sistem imun dlm tubuh badan.
Di samping itu, makanan 'nonfat plain yogurt' juga tidak sesuai utk kanak2
jika diambil terlalu byk sedangkan pengambilan makanan yg mengandungi
nutrien utama menjadi kurang. Ini kerana kanak2 memerlukan sejumlah lemak
utk mengekalkan suhu badan yg stabil. Apabila umur meningkat, bilangan
lemak perang dlm tubuh akan menurun. Oleh itu jumlah lemak yg sesuai &
optimum adalah penting utk kanak2 yg sedang membesar.

Sekarang ni, di pasaran kita boleh dapati yogurt yg telah ditambah pemanis
& perisa spt gula, sirap jagung & sebagainya bagi tujuan meningkatkan
kemanisan & perisa. Berbagai2 perisa yogurt spt strawberi, kiwi, anggur
juga boleh kita dapati di pasaran.

Oleh itu sekiranya kanak2 mengambil terlalu byk yogurt yg tinggi kandungan
gula atau pemanis yg lain, maka dgn secara tidak langsung ini akan
menimbulkan masalah spt karies gigi. Jadi makanan spt yogurt ini merupakan
makanan kariogenik & kanak2 adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil
makanan ini terlalu kerap. Jika ingin mengambil yogurt, bolehlah dimakan
bersama makanan lain utk mengurangkan kariogenisitinya.

Selain dpd itu, gula merupakan satu komponen diet yg telah dinyatakan sbg
punca kelakuan hiperaktif dlm diri kanak2. Pengambilan karbohidrat (CHO)
boleh meningkatkan aras serotonin dlm otak. Sekiranya pengambilan gula
adalah tinggi & tidak dimetabolismekan dgn normal, maka ini akan
menimbulkan hipoglisemia. Keadaan ini akan merangsang pengeluaran
epinefrin yg boleh mempengaruh kelakuan seorg kanak2. Keadaan
hipoglisemia akibat glukosa dlm darah rendah & kebanyakan glukosa (gula
darah) telah dikumuhkan melalui urin. Maka seterusnya keadaan ini akan
menimbulkan masalah diabetes terutamanya apabila umur meningkat.


Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved