Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 11 years ago • 13,625 viewed


assalamualaikum.
ade orang kate..doa ni senjata mukmin. budak skool aku plak cakap, doa ni panas. baca 3 kali seminggu dah cukup. tapi dalam kitab majmu'syarif cakap..baca tiap2 hari bagus..kesimpulannye.. try le baca tiap2 hari... baca doa haikal, dan bawa doa haikal tu sama pegi mana-mana. taruk atas night table, dalam bilik yang korang stay, dan dengan izin Allah, payah la benda2 tu nak rapat. Sebab doa haikal ni agak kuat jugalah, dengan izin Allah. kalau jadi amalan harian lagi elok sesangat la. Sebabnya, ayat-ayat Al-Quran tertentu, kalau dijadikan amalan dan doa, dibaca dengan ikhlas dan betul, panas bagi benda-benda tu.. nak rapat tak boleh, tak payah suruh pun dia terpaksa pergi..sebab panas. ade orang kate pulak... panas sbb kePOWERan doa ni..ade plak yg kate.. rasa panas sbb kite tak baca doa tu btul2 (tak menghayati atau tak ikhlas)... aku pun tak pasti. yg pasti, jika dah biasa amalkan..takkan rase panas lagi dah. nilah yang aku nak kongsi ngan korang pasal doa ni:-
DOA HAIKAL
1) Haikal Awal – Ayat Kursi
2) Haikal Kedua – Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
3) Haikal Ketiga – Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat – Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
5) Haikal Kelima – Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam - Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh - Ayat 51-52 Surah Al-Qalam

Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman.Ujarnya.."Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya:
Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal..(bukannye pakai tangkal..maksudnye di sini..doa ni ditulis semula di atas kertas dan dibawa ke mana mana) nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.
Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat..nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 000 kali khatam Qur'an dan 70 000 mati syahid dan 70 000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 000 masjid dan seperti memerdekakan 70 000 hamba dan seperti menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70 000 orang hafiz qur'an dan beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan pahala 70 000 'alim dan 70 000 'abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 orang yang berakal dan 70 000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, 'IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW.Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah."
Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri baghdad.Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia..tiada luka.Diselamkan ia di dalam air..tiada lemas.Kemudian dibakar ia akan dia..itupun tiada terbakar.Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim "apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?" Maka sahut pencuri itu "ada di kepala hamba fadhilat doa haikal.Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba."
Maka apabila didengarnye oleh hakim akan kata kata pencuri itu..lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannye sekelian hal pencuri itu.Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya.
Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak..sekadar diambil ringkasnye sahaja di sini.Sesungguhnya tiadalah syak lagi.Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i'tikad.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved