Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 16 years ago • 4,076 viewed


Nama: Mohd Suffian Bin Ali
Tajuk Soalan: HuKum Bersalaman dengan yg bukan mahram
Soalan: Assalamualaikum...
Disini ana ada satu kemusykilan..ana ingin tahu apakah hukumnya seorang lelaki bersalaman dengan wanita yang bukan mahram atau pun sebaliknya.
pada asal hukumnya haram... tetapi utk menutup maruah org yg ingin bersalaman itu adakah dibolehkan bersalam apabila tangannya sudah dihulurkan... .
ana pernah dengar penjelasan dari seorang ustaz... Islam itu lebih tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya
harap dpt penjelasan.
syukran
Jawapan: Sentuhan dan jabat tangan ajnabiyah (wanita yang bukan mahram) tanpa ada sesuatu yang membatasi atau melapikkannya, hukumnya haram. Kerana sesuatu yang haram memandangnya, haram pula menyentuhnya.
Tetapi apabila ada sesuatu yang membatasi atau yang melapikkannya seperti sarung tangan atau sapu tangan maka para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mereka mengharamkannya dan sebahagian yang lain membolehkannya.
Pendapat yang mengharamkan berlandaskan dalil-dalil berikut ini:
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah Radhiyallahu Anha, dia berkata, Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam membai'ah para wanita dengan perkataan, dan tidak pernah tangan Rasulullah memegang para wanita kecuali tangan wanita yang telah menjadi miliknya (wanita yang telah dinikahinya).
Dari Umaimah binti Ruqaiqah dia berkata, saya berbaiah kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersama para wanita, maka beliau melakukan apa yang mampu kami lakukan. Saya berkata, Allah dan Rasul-Nya lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri. Saya berkata, Wahai Rasulullah bai'ahlah kami. Rasulullah bersabda, Sesungguhnya aku tidak pernah menyalami para wanita sesungguhnya ucapanku kepada seorang wanita sama dengan kepada seratus wanita." (Hadits riwayat Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik) terdapat dalam ayat). Dia (Aisyah berkata, "Tangan Rasulullah tidak menyentuh tangan seorang wanita kecuali wanita yang beliau miliki (nikahi). (Bukhari).
Dari Aisyah dia berkata, "Nabi S.A.W. membai'ah para wanita dengan ucapan (yang terdapat dalam ayat). Dia (Aisyah berkata, "Tangan Rasulullah tidak menyentuh tangan seorang wanita kecuali wanita yang beliau miliki (nikahi). (Bukhari).
Syeikh Asy-Syinqithi berkata, "Ini merupakan dalil yang jelas bahwa seorang laki-laki tidak boleh bersalam dengan wanita dan tidak boleh menyentuh sedikit pun dari tubuhnya, karena sentuhan yang paling ringan adalah bersalaman. Jika nabi menolak untuk bersalaman padahal ada tuntutan yang menuntutnya, iaitu pembai'ahtan, hal itu menunjukkan bahawa bersalaman dengan wanita merupakan tindakan yang tidak diperbolehkan. Dan tidak dibenarkan bagi seorang pun menyalahi apa yang disyariatkannya.
Al-Iraqi berkata, "Jika nabi saja tidak melakukan hal itu, padahal beliau adalah orang yang maksum dan terhindar dari dorongan syahwat, tentu orang selain beliau lebih tidak boleh lagi melakukannya." Hadits tersebut diperkuat oleh hadits dari Ma'qil bin Yasar dia berkata:
"Sesungguhnya Rasululah S.A.W. bersabda, Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi, dan para perawi Thabrani adalah orang-orang yang terpercaya dan saheh)
Sedangkan Alasan yang membolehkan adalah sebagai berikut Disebutkan bahawa mereka, iaitu para wanita itu semuanya memegang tangan beliau dari atas kain ketika mereka dibai'ah. (Ibnu Hajar)
Dalam Tafsir Al-Qurtubi meriwayatkan bahawa Rasulullah membai'ah para wanita, antara tangan beliau dengan tangan para wanita tersebut terdapat sehelai kain, dan melapikakan tangannya dengan kain itu disyaratkan atas mereka.Tetapi boleh jadi bahawa nabi memegang salah satu ujung kain, sedang para wanita memegang ujung kain yang lain. Kesimpulannya, pendapat yang lebih kuat adalah tidak dibolehkan bersentuhan dengan lain jenis yang bukan mahram baik berlapik atau tidak.
Adapun jika bersentuhan dengan wanita yang bukan mahram ini masih dilakukan oleh para ustaz atau para pemimpin, maka hal ini bukan menjadi dalil atas bolehnya perbuatan tersebut, karena landasan hukum dalam Islam bukanlah para ustaz dan para pemimpin, tetapi sunnah Rasulullah yang soheh. Dan mungkin juga setengah ustaz danpemimpin itu nak jaga maruah orang yang nak bersalam dengannya, atau dia tidak berjumpa dengan hukum tersebut ataupun saja saja aje.
Wallahu Alam bishawwab.


Dijawab Oleh: Ustaz Ali Sobri

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved