Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 10 years ago • 3,655 viewed


KOTA TINGGI: Polis menahan bomoh lelaki yang didakwa melakukan kaedah rawatan mengeluarkan barang yang disihir dengan menghisap kemaluan pesakitnya, di sini, kelmarin.
Bomoh berumur 43 tahun itu ditahan di tanah rancangan kira-kira 52 kilometer dari bandar ini oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi diketuai Inspektor Brenda Francis, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
Penahanan itu dibuat susulan aduan seorang wanita berumur 24 tahun yang mendakwa dirawat cara tidak senonoh itu.
Wanita dari Batu Pahat itu membuat laporan polis berhubung kejadian diperlakukan secara tidak senonoh oleh bomoh itu, Isnin lalu.
Harian Metro difahamkan, mangsa, seorang suri rumah sering mengadu sakit dan pedih di dada, malah dia dikatakan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Batu Pahat sebelum bertemu bomoh berkenaan.
Kakak mangsa yang menetap di daerah ini membawa mangsa ke rumah bomoh terbabit, pada jam 9 malam, 21 Jun lalu untuk berubat.
Difahamkan, ketika rawatan dijalankan, kakak mangsa dan isteri bomoh itu berada di luar bilik khas bagi tujuan rawatan yang dibina siap dengan bilik air dan tandas.
Isteri bomoh itu juga meyakinkan pesakit itu bahawa dia dan suami banyak merawat orang sejak, 20 tahun lalu.
Harian Metro difahamkan, pesakit wanita itu diminta menanggalkan pakaiannya dan berkemban menggunakan kain putih panjang yang disediakan.
"Pesakit itu kemudian disuruh masuk ke bilik air untuk dimandikan oleh bomoh itu.
"Mangsa disuruh menanggalkan kain putih yang dipakai, sekali gus menyaksikan pesakit bogel, kononnya agar memudahkan air yang dijirus mengalir merata badan," kata satu sumber itu lagi.
Menurutnya, mangsa turut diarah menyandar ke dinding dan mengangkat salah satu kakinya untuk diletakkan di atas tong air di tandas berkenaan.
"Ketika itu, bomoh berkenaan memicit dan meramas buah dada mangsa, kononnya untuk mengeluarkan `barang' yang menyebabkan mangsa pedih di bahagian dadanya.
"Selepas beberapa ketika, mangsa disuruh duduk di atas tong air sambil membuka kedua belah kakinya, dan bomoh itu tiba-tiba mengeluarkan tiga butir batu kecil dan duri dari kemaluan mangsa, sebelum diletakkannya di atas sebuah pinggan putih," katanya.
Harian Metro difahamkan, duri yang kononnya keluar dari kemaluan pesakit itu seakan-akan duri bunga kertas.
Sumber itu berkata, mangsa diarahkan baring di atas lantai bilik air untuk sesi akhir rawatan kerana bomoh mendakwa, kemaluannya mesti dirawat dan "kena tutup" dengan cara disetubuhi agar perbuatan sihir itu tidak berulang.
Selepas bomoh itu selesai melakukan perkara terkutuk itu, mangsa diminta merahsiakan kaedah rawatan itu daripada pengetahuan orang lain.
Bagaimanapun, selepas pulang daripada rawatan itu, mangsa menceritakan segala yang berlaku kepada ahli keluarganya yang akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Tajudin Md Isa, mengesahkan menerima satu laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu, Isnin lalu.
Tajudin berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dari sebuah tanah rancangan di sini untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis mendapatkan perintah tahanan reman selama lima hari bermula kelmarin dari Majistret Mahkamah Pengerang, Amran Jantan.
"Lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
(petikan dari Harian Metro)

Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved