Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Article

 DilaDellila • 9 years ago • 6,257 viewed


ADAKAH anda mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas? Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain?

Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan bila-bila masa, terutama bagi individu yang menghidap penyakit kronik atau pendarahan usus akibat serangan cacing kait.

Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu sel darah merah, sel darah putih serta platelet dan plasma.

Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.

Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan. Platelet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.

Perunding Perubatan dan Reumatologi, Dr Loo Kok Lim, berkata untuk menghasilkan sel darah merah, badan memerlukan zat besi, vitamin B12 dan folat yang semuanya boleh diperoleh daripada makanan harian.

Masalah kekurangan darah akan berlaku apabila jumlah sel darah merah kurang daripada 13.5 g/dl (bagi lelaki) dan 12 g/dl bagi wanita. Bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita pada semua peringkat umur.

Ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya badan kurang menghasilkan sel darah merah, kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Faktor penyebab anemia:

  • Kurang penghasilan sel darah merah yang disebabkan:

    o Masalah kekurangan zat besi � Ini punca paling biasa di kalangan wanita, termasuk remaja dan kanak-kanak, terutama jika mengamalkan diet rendah zat besi. Kekurangan darah juga boleh berlaku melalui pendarahan seperti ketika haid (ini dialami kebanyakan wanita). Masalah sama turut dihadapi bayi pramatang, kanak-kanak dan remaja yang mengalami pendarahan akibat penyakit radang usus.

    o Kehilangan darah disebabkan ulser peptik (ulser dalam perut), buasir, kanser usus, aliran haid yang banyak dan kehadiran cacing kait. Pengambilan ubat tahan sakit seperti ubat antiperadangan bukan steroid (NSAIDs), voltaren dan ponstan juga boleh menyebabkan ulser perut. Kehadiran fibroid (pada wanita) akan menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan juga boleh mendorong kepada masalah kurang darah. Selain itu, faktor fisiologi seperti mengandung anak kembar atau kerap mengandung dan akil baligh juga boleh menyebabkan masalah ini.

    o Keracunan logam.

    o Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).

    o Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.

    Antara fungsi lain buah pinggang ialah menghasilkan hormon eritropoeitin yang merangsang pembentukan sel darah merah dalam sumsum tulang.

    o Penyakit haemofilia � Masalah yang diwarisi dan hanya berlaku pada lelaki. Haemofilia berlaku apabila badan kekurangan faktor untuk membekukan darah. Apabila pendarahan berlaku, ia biasanya serius kerana darah sukar beku dan boleh menyebabkan anemia.

  • Kemusnahan sel darah merah luar biasa (hemolisis):

    Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:

    o Talassemia � Masalah genetik yang diwarisi daripada ibu atau ayah.

    o Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD). G6PD ialah enzim yang menghalang kemusnahan sel darah merah yang disebabkan bahan kimia tertentu daripada makanan atau ubat. Masalah akan bertambah serius jika pesakit mengambil ubat mengandungi sulfur.

    o Auto imun hemolitik � Sistem pertahanan badan silap mentafsirkan sel darah merah sebagai bahan asing dan memusnahkannya. Ia berlaku secara semula jadi dan sebabnya masih tidak diketahui.

    o Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi) � bentuk sel darah merah tidak normal seperti sabit dan menyebabkan keupayaan membawa oksigen rendah. Sel darah merah juga akan melekat sesama sendiri, menyebabkan ketulan yang menghalang laluan darah dan mengakibatkan kerosakan organ. Bagaimanapun, kes ini jarang berlaku.

  • Masalah sel darah merah:

    o Leukemia � kanser darah yang menghasilkan sel darah putih berlebihan.

    o HIV.

    o Neutropenia � berlaku apabila sel darah putih tidak cukup untuk menghalang jangkitan bakteria. Kes sama juga boleh berlaku pada pesakit yang menjalani ubat kemoterapi tertentu.

    �Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas.

    �Berita baiknya, ia boleh diatasi dengan mengenal pasti punca masalah. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah,� katanya ketika perbincangan mengenai anemia anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

    Secara asasnya pemakanan harian seimbang � yang cukup sukatan sayur dan sumber protein � mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, kita akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi.

    Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

    Bagaimanapun, Dr Loo menasihatkan supaya daging merah dan organ tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

    Bagi yang tidak makan daging, mereka boleh mengambil pil vitamin B12.

    Dr Loo berkata, rawatan bergantung kepada punca masalah. Jika disebabkan kekurangan zat besi, individu bermasalah akan diberikan pil zat besi.

    Namun, pengambilan zat besi hanya bersifat sementara dan tidak mencukupi andai punca masalah sebenar tidak dirawat. Masalah akan berulang apabila pengambilan pil zat besi dihentikan.

    Jika masalah kekurangan darah serius, doktor mungkin mencadangkan pemindahan sel darah merah kerana kekurangan darah yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung jika tidak diatasi segera.
  • Virtual Friends - Copyright © 2001-2014 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved