penemuan berkaitan PLKN untuk dikongsi bersama... 
Back To Standard Version
Posted By : DilaDellila (Dila, Dellila)
Source : www.virtualfriends.net (VF)
Author : Unknown
Posted On : 14 years ago


Description:
Assalaamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Berikut ialah beberapa penemuan berkaitan PLKN untuk dikongsi bersama dan insya Allah boleh difikirkan tindakan selanjut nya.Walaubagaimanapun dari sudut legal nya , laporan ini bersifat hear say yang memerlukan pembuktian. Namun ia cukup untuk kita menggubal satu bentuk tindakan.

Kes peserta mengandung Beberapa ( 2-3 ) peserta PLKN didapati mengandung 1-2 bulan . Demikian yang dilaporkan oleh seorang kenalan yang dapat keluar dari PLKN lebih awal kerana mengikuti kursus matrikulasi. Ini bermakna perzinaan telah berlaku di dalam hutan semasa sessi perkhemahan.

Kes peserta "coupling"
Seorang peserta PLKN wanita, rakan kepada seorang kenalan dilaporkan telah pandai berjalan berkepit tangan dengan Pak We yang baru satu minggu dikenali. Pelajar wanita tersebut datang dari sekolah agama dan zahir nya dikatakan seorang yang warak.

Kes pelajar bercium dan bercumbuan Peserta PLKN lelaki dan wanita esp dari kaum Cina dan India dilaporkan tidak segan silu bercium dan bercumbu di khalayak ramai.

Pelajar perempuan dilihat masuk ke bilik pelajar lelaki pada waktu tidur malam. Kes ini disaksikan oleh para mahasiswa di IPT tempat PLKN diadakan. Kes yang dilaporkan itu walaubagaimanapun tidak membabitkan pelajar Melayu Islam.

Pelajar peremuan berlagak laksana pelacur Ada segelintir peserta perempuna PLKN bersedia memberi khidmat seks dengan sedikit bayaran. Ini bermakna segelintir pelajar perempuan bersifat pelacur dan segelintir pelajar lelaki melanggan pelacur.

Kes pelajar dirogol oleh jurulatih di dapati sedang mengandung 4 bulan Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, seorang peserta PLKN telah dirogol oleh jurulatih nya ketika beliau keluar bersama ke bank. Khabar nya pelajar perempuan itu amat terkenal dengan miang nya. Pakain dan lagak nya dikatakan seksi. Ketika siasatan dibuat, pelajar yang mendakwa ia dirogol, sedang hamil 4 bulan hasil keterlanjuran dengan jantan lain sebelum ini.

Kes pelajar bergaduh secara berkumpulan Pergaduhan berkumpulan seramai 50 - 100 orang dilaporkan berlaku di
sebuah IPT awam. Pergaduhan berlaku di antara sesama kaum, di antara Melayu/ India, Melayu/Cina dan India/Cina. Pihak Kementerian menafikan pergaduhan kaum. Memang benar tetapi sifat lebih teruk dari perkauman. Mereka bergaduh laksana mob gang.

Kes pelajar India bergaduh setelah mabuk arak Pelajar India dibenarkan keluar ke kuil tetapi mereka sempat membeli
arak. Setelah mabuk, mereka bergaduh secara beramai- ramai sehingga ada yang cedera parah ( pecah kepala ) Polis dipanggil untuk meleraikan keadaan. Tiada laporan di akhbar dibuat kerana ada arahan orang atasan meguatkuasakan polisi news blockade.

Kes pelajar perempuan berpakaian tidak sopan. Peserta perempuan dilaporkan berbaju tidur yang mengiurkan ketika
menalipon di tempat awam. Ini berlaku di sebuah IPT awam di Lembah Kelang.

Kes disiplin yang longgar Sekurang- kurang nya di dua buah IPT awam, peserta lelaki dan perempuan di dapati berpeleseran selepas jam 12 tengah malam. Tiada penguatkuasaan disiplin oleh pihak jurulatih.

Kes jurulatih & fasi tidak dibayar gaji seperti yang dijanjikan Ramai fasi dan jurulatih tidak puas hati dengan janji gaji sebanyak RM40/sehari tetapi hanya dibayar RM20/ sehari. Itu pun lewat dan ada yang tidak mendapat gaji langsung. Akibat nya mereka mengambil sikap berlepas tangan terhadap kawalan disiplin dan sebagainya.

Kriteria pemilihan jurulatih tidak kemas Jurulatih dan fasi rata- ratanya berumur 2 -3 tahun lebih tua dari peserta PLKN. Akibat nya mereka kurang dihormati. Pemlihan dibuat secara tergesa- gesa tanpa melalui proses temuduga dan tapisan yang sewajar nya.

Kes vandalism Pearalatan tandas, asrama dan sistem penggera sebuah IPT telah rosak teruk akibat vandalism.Dikatakan bahawa nilai kerosakan di seluruh cawangan IPT tersebut mencecah RM7 juta. Kini VC pening kepala bagaimana hendak membaik pulih sebelum kemasukan mahasiswa baru mulai pertengahan
JUN ini. Kini bajet jabatan mula disedut untuk kerja- kerja membaik pulih kerana wang dari pihak atasan gagal diperolehi. Khabarnya telah digunakan untuk PRU baru- baru ini. Kini mahasiswa melapurkan tidak mendapat wang itu dan ini.

Semua laporan ini tiada dalam media tempatan. Yang ada hanya kes bunuh atau yang membabitkan kematian atau kes rogol. Setakat pecah kepala, patah riuk, lebam dan berzina biasalah. Mengikut fahaman imperialis, berzina bukan satu jenayah sebab ia dilakukan di atas dasar suka sama suka. Rogol adalah jenayah sebab ia berlaku tanpa consent atau kerelaan. Ini lah yang dianuti oleh pihak berkuasa semasa.Ramai pendidik mengeluh tetapi inilah hasil betapa berbaloi nya memberi mandat luar biasa PRU baru baru ini.

Sekian sahaja.