Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Discussion

 tarjen • 5 years ago • 6,274 viewed • 58 replied


Pejam celik pejam celik, dunia semakin berubah. Sekarang semua benda dahn berubah. Nak kahwin pun dah berubah, dulu gotong-royong, kini pakai catering, dulu hanya bunga telur, sekarang macam-macam ada, kuih, dodol, coklat, gula-gula ,buah ,cendol pulut pun ada.

Bila dah macam-macam ada, maka kosnya juga bertambah. Bila kos bertambah, mula la duit pun tak cukup. Jadi nak pinjam ke tak?

Dari segi kos memang meningkat, dulu hantaran RM4-6 ribu (lebih kurang), sekarang RM7-10 ribu tu kira murah dah la tu... Nak buat kenduri pihak lelaki lagi, paling tidak pun pihak lelaki kena ada 15 ribu nak kahwin. Tu tak masuk nak pergi honeymoooooooon lagi... .

Persoalannya, perlukan kita buat pinjaman untuk kahwin?? Sebab nak kumpul duit simpanan cukup RM15 ribu tu lambat, bila nak kahwin nyer... Jadi anda rasa patut ke buat pinjaman untuk kahwin.

Pendapat saya macam ni, katakan kos kahwin tu RM15 ribu, tak kan la nak pinjam RM15 ribu, tak kan takder simpanan sesen kot. Cukup rasanya pinjam RM10 ribu dan di topup simpanan RM5 ribu. Pinjam 10k baru berapa bayaran sebulan yer tak...

Yang penting, kalau nak buat pinjaman anda perlu :-

1) Pastikan jumlah pinjaman itu tidak terlalu besar, nanti nak bayar balik semput. Pinjam sekadar nak topup sahaja, bukan pinjaman keseluruhan. Makner nyer perlu ada simpanan jugak.

2) Pastikan anda tidak menggunakan kad kredit untuk belanja perkahwinan, kerana ia amat membebankan selepas anda kahwin nanti.


Sekarang banyak kemudahan pinjaman peribadi, telah banyak disediakan boleh dikatakan oleh semua pihak bank ,baik yang bekerja swasta maupun yang bekerja kerajaan. Cuma jgn pinjam sama itu Along dia memang suka kasi tolong tapi nanti lepas kahwin tiap2 bulan tak boleh miss tak boleh kosong mesti dia selalu kacau asyik ... Jadi rasanyer tak salah untuk kita meminjam untuk perbelanjaan perkahwinan nanti asalkan kita pandai tidak melebihi amaun yang kita mampu bayar dan tidak rasa membebankan diri dan juga keluarga.

Apa pulak pendapat anda, pinjam ke tak?
Dan apa pendapat anda tentang dalam penerangan ini :http://www.youtube.com/watch?v=ELQdyViYrVg

Expires is not available


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2017 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved