Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Discussion

 MissDiela • 4 years ago • 636 viewed • 8 replied


1-Awek suka melancong tidak materialistic
Wanita yang gemar melancong terutama melancong dengan berjimat wang, tidur di hostel untuk backpackers dan menempah tiket murah di Air Asia, tidak pentingkan wang dan kekayaan. Wanita ini lebih menghargai pengalaman melancong daripada kemewahan tinggal di hotel high class.
2-Awek yang suka melancong lebih pintar
Beliau tahu sejarah negara yang dilawat, amalan warganegara sesebuah tempat. Bukan sekadar bijak, malah pandai bergaul. Kalau bawa jumpa ibu anda, mesti ibu anda merestui hubungan ini kerana awek yang suka melancong bijak mengambil hati orang!

3-Awek yang suka melancong bekerja keras
Sebab dia sudah tahu niat ingin melancong dan melawat banyak negara, terpaksa gunakan duit sendiri jadi perlulah kerja keras. Jangan cari awek yang suka melancong tetapi bapa beliau yang sponsor perjalanan beliau!

4-Awek yang suka melancong wajahnya berseri
Bukan sebab hati dia gembira asyik dapat melawat pelbagai negara, tetapi sebab banyak berjemur di bawah sinaran matahari, banyak berjalan dan bersenam. Ini semua akan terserlah di wajah beliau dan membuatkan beliau jauh lebih cantik berbanding wanita yang kurang melancong.
5-Awek yang suka melancong lebih Open-minded dan easy going
Jaringan sosial awek kaki melancong ini lebih luas kerana mereka bertemu ramai orang di sepanjang trip kembara mereka dan bersikap lebih terbuka. Mereka juga lebih berdikari.

Expires is not available


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2019 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved