Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Discussion

 encikhoarder • Tuesday at 10:47 AM • 26 viewed • 2 replied


Ini antara koleksi kesayangan saya, sampul raya keluaran Deutsche Bank 2017. Satu set ada 4 warna berbeza dengan 2 jenis gold dan silver stamping. Saya sgt suka sampul yg dikeluarkan dalam bentuk set.




Sampul raya tahun 2016 keluaran Deutsche Bank adalah diantara yg paling cantik pernah saya miliki. Utk tahun 2016, dikeluarkan dalam bentuk pair. Pair yg mempunyai gambar burung pula ialah angpow Deutsche Bank bagi Chinese new Year tahun 2016.





Bagi penggemar sampul duit raya yg bertema kekeluargaan, Sampul Raya daripada Korea Wallpaper ini seharusnya memberikan kepuasan yg tersendiri. Terdapat 4 variasi warna dgn setiap satu mempunyai wallpaper tersendiri sebagai motif utama.




Air Asia selaku salah satu syarikat penerbangan utama di Malaysia tidak ketinggalan utk menghasilkan satu set sampul duit raya yg menarik. Set ini adalah keluaran tahun 2016, apabila dicantumkan 6 keping sampul maka terhasillah satu gambar yg sgt istimewa.




Dan salah satu jenama wajib yg akan dijadikan koleksi setiap tahun ialah sampul raya keluaran Digi. Gambar yg diatas ialah set lengkap sampul duit 3 perayaan utama di Malaysia keluaran Digi utk tahun 2015. Apabila dikumpulkan ketiga² set ini, ia akan menjadi satu koleksi yg sgt menarik.




Set yg boleh dicantumkan memang akan kelihatan sgt² menarik. Susunan tidak semestinya mendatar, Sampul raya Homesoy bagi tahun 2017 boleh dicantumkan 4pcs menjadi satu gambar pengalaman kanak² beraya di kawasan kampung halaman.
Manakala utk keluaran Chinese New year pula hanya dlm bentuk pair tetapi sudah cukup utk menggamit kenangan lama yg mengusik jiwa.





Paradigm Mall pula tampil dengan pendekatan tradisi dalam arena kemodenan bandar. Antara salah satu set yg menarik keluaran pusat membeli belah.

Expires in 58 days


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2018 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved