 |
Assalamualaikum, pakar-pakar pengkaji cerun bukit dah berkali-kali memberi pendapat bahawa cerun tajam amat tidak sesuai di sokongan faktor tanah, alam semulajadi dan keadaan pengairan menjadi punca tanah runtuh.
Bukit Antarabangsa antara yang tidak sesuai dijadikan kawasan perumahan sebab kawasan itu tanah merah, berair tapi manusia tidak pernah serik kejadian sebelum ini seperti Highland Towers pada tahun 1993 yang meragut lebih 40 nyawa.
Iktibar dari paparan besar-besaran kelmarin tidak menyerikkan manusia yang suka mencari tempat bahaya seperti itu.
Ada kalangan berpendapat ia berpunca dari kerakusan manusia ada juga berpendapat kerajaan tidak tegas, pemaju nak cari keunikan, nak untung selain faktor fizikal alam.
Apa pun takziah atas keluarga mangsa yang menerima musibah itu semoga pengajaran tersebut yang mengorbankan 4 nyawa adalah terakhir di sekitar Bukit Antarabangsa itu. Expires is not available |  |