Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Discussion

 agus28 • 13 years ago • 1,966 viewed • 28 replied


Salam semua.

Aku nak tanya pada kengkawan semua, siapa yg pernah hilang laptop? Tak kira; kena curi ke, tertinggal kat mana2 ke, atau terbagi pada sapa2 ke... etc, janji hilang la, senang citer.

Laptop (company) aku yg aku dok usung sana sini, naik kapal terbang, turun kapal terbang, masuk toilet, keluar toilet, masuk surau, keluar surau, dah hilang kena curi dek pencuri laknat... .! Sedih tau. Jadi bangang aku dalam 2 minggu.

Apa tak bangangnya, semua maklumat syarikat, site baru, meeting, bos punya komen & approval on new project, semua kat dalam tu... . hu hu hu... Nasib baik aku ada buat backup file sebelum balik Msia meeting ari tu. At least 90% data masih ada tersimpan... .

Aku ni lak jenis tak suka simpan "hard copy" sebab, "environmental friendly" la konon... .

Nak jadi citer, last 2 weeks aku balik meeting kat KL. Habis meeting, aku ambik peluang balik Ipoh. Keta company yg aku dpt pow cuma avanza je. Sampai Ipoh, aku singgah Giant kat Tambun. Nak solat maghrib. Tak sampai 10 minit, aku balik ke keta, cermin tingkap sebelah kanan berderai... .! Nak Pengsan dibuatnya. Selalu aku tak penah tertinggal laptop kat mana2 keta. Tapi petang tu memang petang yg malang buat aku. Dah la laptop kena curik, cermin keta company lak aku gak kena ganti... .. Nak gila kejap rasanya.

Gi tau bos malam tu, apalagi. Mengamuk la org tua tu. Ye lah... aku ngaku aku cuai... ... .

So, kawan2, meh la share kat sini, pengalaman korang. Atau ada tak tips2 camner nak prevent this thing from happen.
Semoga kengkawan semua sentiasa berhati2. Org jahat sentiasa ada di mana2...

Wassalam.
Agus28
Mumbai

Expires is not available


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved