Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Discussion

 gurlfromheaven • 13 years ago • 1,559 viewed • 5 replied


WANITA sememangnya cukup dikenali sebagai golongan yang sukakan kekemasan, kecantikan dan ketelitian. Walaupun tidak semua, kebanyakannya menganggap penampilan menarik satu kemestian sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memperolehnya.

Tidak kira apa definisi kecantikan yang dipegang, wajah yang rupawan, cantik rupa paras atau bentuk badan yang menawan,pendek kata wanita akan cuba untuk mendapatkannya tanpa memikirkan kesan pada kemudian hari serta sanggup memperuntukkan perbelanjaan yang besar demi untuk cantik.


Buktinya, apa saja produk atau prosedur kecantikan yang dikatakan mampu membantu menyerlahkan penampilan seseorang pasti akan laris di pasaran, tanpa mengendahkan sama ada produk atau rawatan disyorkan boleh memudaratkan diri atau sebaliknya. Akibatnya, ramai yang akhirnya menderita sehingga ada yang membawa maut.
KECANTIKAN seseorang bukan sekadar penampilan secara luaran, tetapi ia bermula daripada dalaman. Kadangkala wanita begitu ghairah dengan aspek kecantikan luaran tanpa memikirkan bahawa kecantikan seseorang itu juga terletak dari aspek dalaman yang lain seperti hati bersih, jujur, ikhlas selain tubuh badan sihat secara fizikalnya.

Semua aspek itu mencorak kepada faktor kecantikan seseorang, malah ia boleh mempengaruhi penampilan seseorang. Namun, lazimnya manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada. Dari aspek psikologi, sesuatu ganjaran yang diperoleh masih belum mencukupi lantaran itu mereka sentiasa berusaha supaya kepuasan dan ganjaran yang diterima melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Contohnya, ada sesetengah wanita masih merasakan diri mereka gemuk walhal bentuk dan berat badan mereka sudah ideal. Oleh itu tidak mustahil, ada antara mereka mengambil jalan pintas melakukan pelbagai rawatan badan dan wajah sehingga mengundang kepada kemudaratan seperti yang berlaku dalam beberapa kes yang dilaporkan media, baru-baru ini.

Pelbagai kes yang berlaku membabitkan prosedur kecantikan itu membuktikan obesesi terhadap kecantikan membuatkan wanita sanggup memejam sebelah mata terhadap elemen kesihatan sehingga sanggup memudaratkan diri.

Ape komen anda terhadap isu ini?

Expires is not available


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved