 |
Sebut pasal lambat kawin, terkena batang hidung saya juga. Sebab saya dah masuk ?? tahun, tapi saya masih belum kawin! Alasan paling utama, saya nak capai matlamat saya dulu, income dah ok.
Pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya dah ramai yang bising. Saya amat berterima kasih pada diorang sebab dengan berbuat begitu, ia mengingatkan saya tentang tujuan hidup. Tanpa mereka, saya dah tentu lupa punya.
Ramai lelaki dan wanita yang lambat berkahwin, bahkan ada wanita yang dah 40 tahun masih lagi membujang. Sebab utama, tak berjumpa yang berkenan di hati. Ada jugak yang dah jumpa, tapi putus ketika dilamun cinta.
Kekadang wanita lambat berkahwin sebab mereka terlalu merasa rendah diri dengan rupa fizikal. Ada wanita yang berisi, ada yang berkulit gelap, ada yang ketinggian sederhana, ada yang tak cantik. Kesemua ini membuat mereka tak berani memulakan langkah, sebaliknya hanya menunggu dan terus menunggu ada lelaki datang kepada mereka.
Mereka bukan wanita sembarangan. Saya kenal mereka sebagai pegawai pemasaran, supervisor, cikgu, doktor gigi, peguam dan staff kerajaan. Kerja mereka professional. Ada rumah dan kereta sendiri. Asal tiap bulan, mesti ada income punya.
Lelaki takut dekat sebab mereka ada jawatan penting. Ada lelaki yang mendekat, tetapi ada niat tersembunyi. Salah satu niat utama adalah mempergunakan duit, jawatan dan pangkat mereka, wanita professional ini.
Lantas, membuahkan fikiran-fikiran negatif dan persepi buruk di minda wanita tentang lelaki. Dari merana, lebih baik membujang seumur hidup kata mereka.
Di mulut Anda boleh kata camtu. Tapi bagaimana dengan di hati? Tetap merasa sunyi. Expires is not available |  |